30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Speaker dijangka buat pengesahan status Adun Selangor Isnin ini

    Shopee Sale

    Yang di-Pertua DUN Selangor dijangka membuat pengesahan berhubung dakwaan membabitkan status seorang Adun negeri itu pada Isnin ini, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

    Katanya perkara itu sedang diteliti bersama penasihat undang-undang negeri bagi menentukan tindakan yang perlu diambil sebelum sebarang keputusan dibuat.

    “Kita dapat sedikit maklumat tersebut. Saya sedang menyemak dengan penasihat undang-undang dan kemungkinan Speaker akan memaklumkan dalam sesi DUN pada 3 Ogos nanti.

    “Kita ada sesi dewan sebab kita kena membuat verifikasi terhadap dakwaan-dakwaan tersebut ataupun ada dakwaan hilang kelayakan seorang Adun di Selangor,” katanya.

    MENARIK:  Anwar sifatkan Paus Francis pejuang keadilan, keamanan

    Amirudin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, Kuala Pilah malam tadi.

    Sebelum ini, timbul dakwaan Selangor mungkin berdepan pilihan raya kecil susulan seorang Adun didakwa hilang kelayakan dan boleh menyebabkan kekosongan kerusi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah