26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hasil analisis rimau disyaki baham 2 lelaki dijangka kurang dari sebulan

    Shopee Sale

    Keputusan analisis siasatan berhubung harimau yang ditangkap sebelum ini - sama ada terlibat dalam pembunuhan dua lelaki atau sebaliknya - dijangka diketahui dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

    Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Abdul Kadir Abu Hashim berkata keputusan itu akan diperoleh setelah melalui beberapa proses pemeriksaan, termasuk pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dari najis haiwan terbabit.

    “Selepas harimau ini berjaya ditangkap, Perhilitan akan melaksanakan beberapa proses seperti pemeriksaan kesihatan, ukuran morfologi, pemeriksaan gigi, dan pengambilan sampel DNA dari najis.

    “Kami menjangkakan keputusan analisis diketahui dalam dua hingga tiga minggu lagi untuk menentukan sama ada harimau ini adalah haiwan yang membaham dua lelaki sebelum ini atau tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama Kota Bharu hari ini.

    Abdul Kadir berkata harimau tersebut kini ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak, untuk tindakan lanjut dan berada dalam keadaan sihat.

    MENARIK:  PM umum epal, oren dikecuali SST lepas dikritik kerana avokado

    Pada 19 Okt lepas, seekor harimau belang berjaya ditangkap menggunakan peranangkap yang dipasang oleh Perhilitan di Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli, dekat Batu Melintang, Jeli.

    Pemasangan peranangkap tersebut dilakukan susulan penemuan mayat dua lelaki yang disyaki dibaham harimau di dua lokasi berbeza pada 15 dan 16 Okt lepas.

    Kejadian pertama mengakibatkan seorang lelaki tempatan Adnan Ismail, 54, meninggal dunia diserang harimau ketika turun dari rumah kongsi berdekatan kawasan hutan di KM79.2 JRTB Gerik-Jeli di Bersia, dekat Gerik, Perak.

    Keesokan harinya, seorang lelaki Myanmar pula ditemukan maut dengan paha kiri terputus, dipercayai diserang harimau ketika berada di belakang rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Gerik-Jeli, dekat Batu Melintang, Jeli, Kelantan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah