27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua Pengarah Jupem didakwa kes penyelewengan dana esok

    Shopee Sale

    Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, esok berkaitan kes penyelewengan dana.

    Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

    Pada 17 April lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata ketua pengarah dan seorang pegawai kanan JUPEM yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah pada Rabu atau Khamis ini.

    MENARIK:  Pegawai tunjuk ves polis dalam proses dikenakan tindakan tatatertib

    Pada 11 Feb, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang ketua pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana berkenaan untuk kepentingan peribadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah