27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Timbalan pengerusi NGO antara ditahan SPRM kes seleweng dana zakat

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu hari ini termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki menyeleweng dana zakat kira-kira RM230 juta.

    Menurut sumber, dua lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan petang tadi dalam operasi dijalankan sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi berusia 50-an ditahan pada 2 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

    “Siasatan awal mendapati kesemua mereka dengan dua daripadanya adalah pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2018 hingga 2024.

    “Siasatan turut mendapati timbalan pengerusi NGO itu dipercayai memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan peribadi,” katanya.

    Sumber berkata siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO berkenaan menerima sumbangan orang ramai bagi membantu golongan memerlukan.

    MENARIK:  Hasil analisis rimau disyaki baham 2 lelaki dijangka kurang dari sebulan

    Menurut sumber, dalam operasi itu, SPRM turut menyita 18 kenderaan mewah termasuk jenama Porsche dan Mercedes-Benz serta rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta, selain pelbagai harta alih lain seperti wang tunai dan jam tangan berjenama.

    SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

    Beliau berkata kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi esok bagi permohonan reman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah