Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq berkongsi realiti sebenar dunia politik yang disifatkannya tidak semewah seperti yang disangka ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sekarang Saya Jauh Lebih Bahagia Sebab Ada Dunia Di Luar Politik’ – Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: Hantaran Syed Saddiq Bertemakan Masa Depan, Sedia Simpanan Tabung Haji & SSPN Untuk Kedua Anak
‘Pendapatan di luar sana jauh lebih lumayan’
Menerusi podcast Lebih Masa, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendedahkan bahawa pendapatan sebagai ahli politik tidak setinggi peluang yang ditawarkan di luar.
Menurutnya, persepsi umum bahawa politik menjanjikan pulangan lumayan adalah tidak tepat.
Saya perasan ramai orang ingat politik ni gajinya besar. Kadang-kadang, kita sebenarnya perlu keluarkan belanja yang jauh lebih banyak, melainkan kalau kita memang nak bertahan lama dalam politik.
Hakikatnya, pendapatan di luar sana jauh lebih lumayan.
Dalam masa sama, Syed Saddiq turut berkongsi perbandingan pendapatannya dengan tunangnya, Bella Astillah, yang bergiat aktif dalam industri hiburan.
Saya ada kongsikan dengan tunang saya, kata: ‘You know, kalau dia pergi ke buat konsert atau menyanyi, dia menyanyi satu malam tu bersamaan dengan gaji saya sebulan.
Bila saya buat shooting sekarang, shooting satu hari, dia seperti dua bulan, tiga bulan gaji sebagai Ahli Parlimen.
Dalam pada itu, Syed Saddiq tidak menafikan cabaran yang perlu dihadapi sebagai ahli politik, termasuk tekanan dan kehilangan privasi.
Yang sehari, dahlah tak ada stress, hilang privasi, kena attack kiri, kanan, atas, bawah, ditelanjangkan segala hidup kita kan. So, there is life outside of politics.
Perkongsian itu secara tidak langsung membuka mata ramai mengenai realiti sebenar dunia politik yang sering disalah tafsir oleh masyarakat.
Sumber: Youtube Lebih Masa
The post [VIDEO] ‘Kalau Bella Menyanyi Satu Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan’ – Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.





