Amerika Syarikat (AS) dan Iran pada Isnin masing-masing memberi amaran bahawa mereka sedia untuk berperanang ketika tempoh gencatan senjata semakin suntuk, dengan ketidaktentuan menyelubungi rundingan yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump akan bersambung semula di Pakistan.
Laporan AFP menyebut White House menyatakan Naib Presiden JD Vance sedia untuk terbang kembali ke ibu negara Pakistan, Islamabad, yang dilihat sedang membuat persiapan bagi pusingan kedua rundingan untuk menamatkan peranang yang telah melanda Asia Barat dan menggoncang pasaran global.

Namun kerajaan pimpinan ulama Tehran enggan mengesahkan penglibatannya dan menuduh AS melanggar gencatan senjata melalui sekatan ke atas pelabuhan Iran dan rampasan sebuah kapal.
Melalui tindakan mengenakan sekatan dan melanggar gencatan senjata, Trump mahu menukar meja rundingan ini menjadi meja penyerahan kalah atau menghalalkan permulaan semula pertempuran mengikut kesukaannya, kata Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, yang mengetuai delegasi ke rundingan di Pakistan dua minggu lalu.
“Kami tidak menerima rundingan di bawah bayang-bayang ancaman, dan dalam dua minggu terakhir ini kami telah bersiap sedia untuk menunjukkan kad baharu di medan tempoh,” tulisnya di X.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran akan mensasarkan mana-mana kapal yang cuba melalui Selat Hormuz tanpa kebenaran.
Trump juga menuduh Tehran melanggar gencatan senjata dengan mengganggu kapal di Selat Hormuz, laluan transit bagi satu perlima bekalan minyak dunia yang hampir ditutup sepenuhnya oleh Iran sebagai tindak balas terhadap peranang yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel.
Dalam satu siri hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump yang berang menegaskan bahawa sekatan itu benar-benar memusnahkan Iran dan berkata ia tidak akan berakhir sehingga ada perjanjian.
Trump memberitahu PBS News bahawa Iran sepatutnya “berada pada rundingan” di Pakistan.
“Kami bersetuju untuk berada di sana,” katanya sambil memberi amaran jika gencatan senjata tamat maka banyak bom akan mula meletup.
Dia secara berasingan memberitahu Bloomberg News adalah sangat tidak mungkin dia akan melanjutkan gencatan senjata selama dua minggu itu.

Berdasarkan masa ia bermula, gencatan senjata itu secara teori tamat pada malam Selasa waktu Tehran, walaupun dalam ulasannya kepada Bloomberg, Trump berkata ia berakhir sehari kemudian iaitu pada petang Rabu waktu Washington.
Kegelisahan harga minyak
Harga minyak melonjak mendadak pada Isnin berikutan kebimbangan pertempuran mungkin bersambung semula dalam peranang yang berlarutan selama berminggu-minggu, selepas Iran menutup semula Selat Hormuz berikutan pembukaan semula singkat pada hujung minggu.
Di Tehran, lapangan terbang utama dibuka semula pada Isnin, kehidupan kelihatan sebahagian besarnya kembali normal dengan kafe terus sesak serta orang ramai keluar bersenam dan bersiar-siar di taman.
Namun penduduk bandar yang bercakap dengan wartawan AFP yang berpangkalan di Paris berkata keadaan sebenarnya tidak begitu indah.

“Lihat apa yang berlaku menjelang Selasa. Satu-satunya perkara yang ditunjukkan oleh 50 hari peperanangan adalah tiada siapa yang mempedulikan rakyat Iran, “kata seorang doktor berusia 30 tahun tanpa mahu dikenali.
Saghar, 39, berkata terdapat sedikit harapan bagi rakyat Iran yang terhimpit akibat kesan peperanangan.
“Ekonomi sangat teruk. Mereka menahan orang tanpa sebab,” katanya yang enggan memberikan nama penuhnya.
Delegasi Vance – yang turut merangkumi rakan hartanah Trump yang kini menjadi perunding antarabangsa, Steve Witkoff serta menantu Trump Jared Kushner – dijadualkan berlepas ke Pakistan tidak lama lagi, menurut sumber yang maklum mengenai rancangan itu kepada AFP.

Trump, yang melihat angka tinjauan pendapatnya menurun dan mendapat tentangan luas di dalam negara terhadap peperanangan itu, berada dalam tekanan untuk mencari jalan keluar.
Rundingan baru Israel-Lubnan
Sementara itu, gencatan senjata berasingan yang dipersetujui antara Israel dan Lubnan diumumkan pada Jumaat dan melibatkan Hizbollah, yang bedilan roket mereka sebagai sokongan kepada Iran telah mengheret Lubnan ke kancah peperanangan.
Israel dan Lubnan, yang tidak mempunyai hubungan diplomatik, akan mengadakan pusingan kedua rundingan pada Khamis di Washington, kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

Keganasan sporadik berterusan dan tentera Israel memberi amaran kepada orang awam supaya tidak pulang ke puluhan kampung di selatan Lubnan, dengan mendakwa aktiviti Hizbollah melanggar gencatan senjata.
Meskipun begitu, beribu-ribu rakyat Lubnan yang kehilangan tempat tinggal mula pulang semula.
Anggota parlimen Hizbollah Hassan Fadlallah memberitahu AFP bahawa kumpulannya akan berusaha untuk memecahkan garisan kuning yang ditetapkan oleh Israel di selatan, walaupun dia berkata mahu gencatan senjata diteruskan.
Serangan Israel ke atas Lubnan telah membunuh sekurang-kurangnya 2,387 orang sejak permulaan peranang, kata sebuah badan kerajaan Lebanon dalam angka korban terbaharunya.
Satu lagi isu utama dalam rundingan AS-Iran adalah simpanan uranium diperkaya milik Tehran, yang menurut Trump pada Jumaat telah dipersetujui untuk diserahkan.

Tetapi kementerian luar Iran berkata simpanan itu, yang dipercayai ditanam bagi mengelak pengeboman AS dalam peranang 12 hari dengan Israel pada Jun lalu, tidak akan dipindahkan ke mana-mana.
Baqaei berkata penyerahan uranium tidak pernah dibangkitkan sebagai pilihan dalam rundingan dengan perunding AS.





