26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harimau Malaya terima kurniaan duit raya dari TMJ

    Shopee Sale

    Skuad Harimau Malaya bukan sekadar meraih kemenangan berharga dalam aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Gelang Patah, Johor pada malam tadi.

    Selain kemenangan mereka juga memperoleh kenangan manis apabila menerima kunjungan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang datang bersama satu lagi khabar gembira – duit raya.

    Dalam pertemuan di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam itu kelihatan Tunku Ismail beramah mesra dengan anggota skuad Harimau Malaya yang kini dikendalikan oleh Peter Cklamovski.

    "Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat memberikan sokongan kepada pemain-pemain skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam di Johor malam tadi.

    "Baginda turut berkenan memberikan kurniaan duit raya kepada pemain, barisan kejurulatihan dan semua staf sokongan.

    MENARIK:  PAS teguh pertahankan Hadi terus pimpin parti

    “Menjunjung kasih, Tuanku," kata laman Facebook Malaysia NT hari ini.

    Bagaimanapun hantaran itu tidak mendedahkan jumlah sumbangan yang diterima oleh mereka.

    Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi, Malaysia mempamerkan aksi bertenaga dengan menewaskan Nepal 2-0, sekali gus membuka kempen kelayakan dengan langkah kanan.

    Kemenangan itu juga mengukuhkan harapan skuad negara untuk layak ke Piala Asia buat kali kedua berturut-turut selepas kejayaan pada edisi 2023 di Qatar.

    Dalam perlawanan itu pemain naturalisasi baru, Hector Hevel, membuka jaringan pada minit ke-29 sebelum derita Nepal digandakan oleh La'Vere Corbin-Ong pada minit ke-70.

    Malaysia akan berdepan dengan pasukan Vietnam pula pada 10 Jun nanti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah