Seorang pegawai kanan Hamas berkata kumpulan itu tidak akan meletakkan senjata, malah mungkin meningkatkannya selepas peranang di Gaza, sambil memberi amaran kepada negara lain supaya tidak bekerjasama dengan Israel di kawasan itu.
“Sesiapa yang datang untuk mengisi tempat Israel (di Gaza) akan dilayan seperti Israel,” kata Osama Hamdan, jurucakap Hamas dan anggota biro politik lapor CNN semasa perbincangan panel di Forum Al Jazeera di ibu negara Qatar, Doha.

“Sesiapa yang mahu bekerja sebagai ejen untuk Israel akan menanggung akibat menjadi ejen Israel,” katanya kepada forum itu.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mengulas spekulasi mengenai rancangan untuk Gaza, pada Isnin lalu mengulangi pendiriannya bahawa "pada hari selepas peranang di Gaza, tidak akan ada Hamas dan tiada pihak berkuasa Palestin," sambil menambah bahawa dia "komited dengan rancangan Presiden (Donald) Trump untuk mewujudkan Gaza yang berbeza."
Amaran itu datang ketika negara-negara Arab berebut-rebut untuk menyediakan cadangan pasca peranang untuk Gaza sebagai alternatif kepada rancangan Presiden AS Trump untuk "mengambil alih" jalur itu, sambil mengurangkan jumlah penduduk dan mengubahnya menjadi "riviera" Asia Barat.

Emiriah Arab Bersatu telah berkata bahawa ia bersedia untuk mempertimbangkan perananan dalam Gaza selepas peranang atas jemputan pihak berkuasa Palestin yang diperbaharui.
CNN juga memetik Hamdan sebagai berkata idea meletakkan senjata Hamas bukan untuk dibincangkan. Kumpulan itu "tidak dipadamkan" oleh peranang, katanya, sambil menambah bahawa mereka akan berkumpul dan meneruskan semula perjuangannya.
"Dan saya beritahu anda, kami mempunyai peluang untuk berkembang."

Sementara itu, AFP memetik Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, sebagai berkata Hamas mesti meletak senjata dan meninggalkan Gaza, mengikut syarat fasa seterusnya dalam gencatan senjata.
Dia berkata demikian menjelang mesyuarat Knesset (kabinet Israel) untuk membincangkan fasa seterusnya dalam gencatan senjata antara Israel dan Palestin, serta Hamas.
Smotrich dalam kenyataan menerusi video, berkata dia “'menuntut diadakan undian” berhubung rancangan Trump, untuk mengosongkan Gaza daripada penduduk Palestin sebelum membangunkannya.
Laporan AFP juga menyebut Smotrich, sebagai berkata, Israel mesti 'mengeluarkan kata dua kepada Hamas supaya membebaskan segera semua tebusan, meletakkan senjata dan tinggalkan Gaza untuk ke negara lain'.

"Jika Hamas enggan patuhi tuntutan ini, Israel akan buka pintu neraka buat mereka'," kata Smotrich, mengulangi ungkapan yang digunakan Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Sebagai penentang kuat terhadap usul untuk menghentikan peperanangan, dia mengancam akan meletak jawatan daripada gabungan pemerintah pimpinan Netanyahu jika peperanangan tidak disambung semula selepas tamatnya fasa pertama gencatan senjata.





