Hasrat pelakon Zahiril Adzim untuk bergandingan dengan aktres Mira Filzah akhirnya tercapai apabila mereka disatukan dalam drama terbaharu berjudul Aku Pilih Pelangi.
Artikel Berkaitan: Zahiril Adzim Mahu Ubah Tabiat Minum Kopi Selepas Bangun Tidur – ‘ Takut Malaikat Maut Pula Yang Tegur’
Hasrat tercapai

Zahiril, 42, berkata peluang itu sudah lama dinantikan memandangkan dia mengagumi bakat lakonan Mira yang disifatkan sebagai pelakon versatil dan memberi impak.
Saya tidak pernah berkerjasama dengan Mira, ini merupakan yang pertama kali. Tetapi banyak saya lihat hasil lakonan Mira di kaca TV. Dia seorang pelakon wanita yang hebat, sangat memberi impak dalam setiap lakonannya.
Sebelum ini saya terfikir, bagaimana keserasian jika kami digandingkan. Kami pernah berborak untuk cari satu naskhah bersama dan alhamdulillah akhirnya dapat juga.
Walaupun kami tidak banyak babak untuk memaparkan keserasian itu, tapi kami percaya babak bertekak dalam ini juga satu ‘keserasian’.
Zahiril berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Aku Pilih Pelangi yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Berkongsi mengenai cabaran watak, Zahiril mengakui karakter Firdaus yang dibawakan menuntut penghayatan emosi yang mendalam sehingga sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.
Watak saya sangat mencabar kerana karakternya sangat depresi. Sepanjang bawakan watak ini, saya perasan mengganggu sedikit mental.
Kerana watak ini begitu dekat dengan realiti kehidupan saya iaitu seorang suami dan juga bapa. Bayangkan kalau ujian sama betul-betul datang kepada saya dalam keadaan tidak bersedia.
Selain Zahiril dan Mira, drama terbitan Viu Malaysia ini turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Noki K-Clique dan Auni Yusri serta ramai lagi.
The post Zahiril Adzim Syukur Hasrat Bergandingan Dengan Mira Filzah Tercapai – ‘Dia Pelakon Hebat’ first appeared on OHBULAN!.





