26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beberapa parti politik mohon sertai GRS – Masidi

    Shopee Sale

    Terdapat beberapa parti politik telah mengemukakan permohonan untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun.

    Beliau berkata perkembangan tersebut mencerminkan landskap politik negeri itu yang terus kekal dinamik.

    “Saya fikir orang akan datang dan pergi, tetapi buat masa ini sudah ada permohonan baharu daripada parti politik yang lain.

    "Tetapi, biarlah Pengerusi GRS (Datuk Seri Hajiji Noor) yang umumkan bila masa sesuai,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Malam Gala anjuran Dewan Perniagaan Malaysia–China (MCCC) Cawangan Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

    Justeru, Masidi yang juga Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Kewangan Sabah berkata keputusan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) untuk keluar daripada GRS adalah sebahagian daripada realiti politik yang sentiasa berubah dan sukar diramal.

    “Maksudkan ialah politik ini sangat berubah-ubah dan dinamik. Kadang-kadang kita tidak dapat nak ramal apa yang akan berlaku selepas hari esok. Jadi, walaupun saya berharap mereka kekal bersama, kami tetap menghormati keputusan mereka untuk keluar daripada GRS. Saya fikir kita berpisah sebagai kawan dan bukan sebagai musuh, itu paling penting,” katanya.

    MENARIK:  Isu kuil: SKMM soal siasat 2 pentadbir FB hasut perkauman, agama

    Sementara itu, Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai yang turut hadir berkata beliau menghormati keputusan USNO dan menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.

    “Kita juga faham alasan yang diberi adalah tidak lagi serasi. Bagi kita di GRS, kita akan terus menumpukan usaha menyatupadukan semua parti dan masyarakat di Sabah. Kita tidak akan hilang fokus,” katanya.

    Pada Rabu lepas, Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan partinya telah meninggalkan GRS semasa pertemuan dengan Hajiji.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah