Umno Negeri Sembilan menarik balik sokongannya terhadap Menteri Besar negeri Aminuddin Harun.
Pengerusi Umno negeri Jalaluddin Alias berkata keputusan itu dibuat sebulat suara oleh semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerana hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan Aminuddin.
Dia memberitahu sidang akhbar bahawa surat rasmi akan dihantar kepada speaker negeri.
Dia juga berkata bahawa Umno Negeri Sembilan hanya menyedari pertikaian diraja yang sedang berlaku sebaik sahaja isu itu menjadi pengetahuan umum.
Sembilan belas kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan di Negeri Sembilan, dan Pakatan Harapan (PH) hanya mempunyai 17 - bermakna keluarnya BN akan menyebabkan kerajaan negeri runtuh.
Terdapat dua senario yang mungkin di sini.
Senarion yang pertama ialah BN mungkin memaksa PH untuk menyokong salah seorang Adun parti itu menjadi menteri besar bagi mengekalkan pakatan Madani.
Senario yang kedua ialah BN boleh bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai lima kerusi, yang membawa kepada kejatuhan gabungan Madani di peringkat negeri.
[Laporan lanjut menyusul]





