34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang di Sik

    Shopee Sale

    Seorang pengawal keselamatan sekolah maut selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir di Sik semalam.

    Ketika kejadian mangsa, Mohd Rizal Aziz, 47, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi ibunya yang sakit di Tanjung Besar di Sik.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.58 petang semalam dan tiba di lokasi pada 6.17 petang semalam.

    “Setibanya di lokasi, terdapat seorang mangsa tersepit antara motosikal yang ditunggangi dan dahan pokok tumbang. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

    "Sebanyak 20 petugas termasuk anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis dan sukarelawan Khidmat Malaysia membantu memotong dahan pokok bagi mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.

    MENARIK:  Nurul Izzah sahkan spekulasi Rafizi nak letak jawatan pada April

    Zulkhairi berkata pasukan bomba menggunakan gergaji berantai untuk memotong dahan pokok yang tumbang dan kemudian menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman ketika dihubungi berkata beberapa kawasan di daerah itu dilanda ribut dan hujan lebat pada kira-kira 6 petang semalam.

    "Angin kencang telah menyebabkan pokok tumbang di Kampung Bandar Hilir dan menghempap mangsa. Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sik untuk bezah siasat," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah