27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GLOBAL | Pendirian rasmi AS tuntut kuasai Greenland – pegawai Rumah Putih

    Shopee Sale

    Seorang pegawai kanan Rumah Putih pada Isnin menyifatkan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk menguasai Greenland sebagai pendirian rasmi kerajaan AS, sambil menolak kemungkinan berlakunya konflik ketenteraan berhubung pulau Artik itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Ketika ditanya CNN sama ada Washington akan menolak penggunaan kekerasan untuk mengambil alih Greenland, Timbalan Ketua Kakitangan Presiden AS Donald Trump, Stephen Miller berkata tiada sesiapa yang akan menentang AS secara ketenteraan berhubung masa depan Greenland.

    Beliau berkata pulau itu sepatutnya menjadi sebahagian daripada AS, sambil menambah bahawa Trump telah menjelaskan pendiriannya sejak awal tempoh pentadbirannya hampir setahun lalu. Miller berhujah bahawa sebagai kuasa ketenteraan utama NATO, AS memerlukan penguasaan Greenland bagi menjamin keselamatan rantau Artik.

    Beliau turut mempersoalkan kedaulatan Denmark ke atas wilayah itu, dengan bertanya atas dasar undang-undang apa Greenland milik Denmark dan mengapa pulau itu harus kekal sebagai "tanah jajahan Denmark".

    Greenland merupakan sebahagian daripada Kerajaan Denmark, namun mempunyai autonomi yang luas dan bukan anggota Kesatuan Eropah. Pulau itu mempunyai kepentingan strategik kerana kekayaan sumber bahan mentahnya serta perananannya sebagai pangkalan kawalan ketenteraan di rantau Artik.

    MENARIK:  Mulut pegawai kadet berbuih, badan lebam sebelum meninggal - Saksi

    Trump berulang kali menyatakan bahawa AS perlu menguasai Greenland atas alasan keselamatan negara, pendirian yang diulangi beliau pada hujung minggu lalu. Pada Sabtu, satu hantaran media sosial oleh bekas penasihat kerajaan Katie Miller, isteri Stephen Miller, memaparkan peta Greenland berwarna bendera AS disertai perkataan SOON.

    Denmark, negara jiran Nordiknya, United Kingdom, Jerman serta Kesatuan Eropah pada Isnin menolak tuntutan AS itu, dengan Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen berkata ancaman Trump perlu dipandang serius dan sekiranya AS memilih untuk menyerang sebuah negara NATO, semuanya akan terhenti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah