26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gempa di Johor: Masjid, surau disaran solat hajat

    Shopee Sale

    Kerajaan Johor menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini menganjurkan majlis doa selamat serta solat hajat berikutan kejadian gempa bumi kecil yang melanda Segamat, pagi tadi.

    Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata arahan itu telah disampaikan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi menggerakkan inisiatif tersebut demi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat serta negeri.

    “Berikutan gempa kecil di Segamat, saya telah mengarahkan JAINJ agar menyarankan penganjuran doa selamat dan solat hajat di masjid serta surau di seluruh negeri. Kita berdoa agar Allah memelihara keselamatan rakyat dan negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Peguam rayu Agong dedah laporan RCI Batu Puteh kepada umum

    Beliau turut menyeru umat Islam di negeri ini agar bersama-sama memperbanyakkan doa serta memohon perlindungan daripada sebarang musibah dan bencana.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi tadi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran lemah kedua pada 9 pagi di Kluang dengan magnitud 2.8.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah