31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    El Nino: K’jaan sedia pelan amaran awal, jamin bekalan makanan cukup

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersedia menghadapi sebarang kesan fenomena El Nino terhadap sektor pertanian dan bekalan makanan negara.

    Menterinya Mohamad Sabu berkata kementerian itu akan mengeluarkan amaran awal kepada rakyat sekiranya berlaku cuaca panas yang ketara akibat fenomena berkenaan, selain memantau kesannya terhadap pengeluaran hasil pertanian, terutamanya sayur-sayuran.

    “Ini (El Nino) memang satu perubahan cuaca yang kita kena bersedia untuk menghadapinya. Ertinya kalau berlaku cuaca panas yang ketara, amaran awal akan diberitahu kepada rakyat dan (terutamanya) penanam sayur, misalnya kalau ada yang terjejas,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Dia berkata demikian pada sidang media Majlis Pelepasan Eksport Nanas MD2 ke New Zealand, di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPKM Isham Ishak.

    Mohamad berkata Malaysia juga bersedia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memastikan bekalan makanan terus mencukupi sekiranya berlaku gangguan pengeluaran hasil pertanian secara mendadak akibat fenomena berkenaan.

    MENARIK:  Bertembung dengan sekutu: Hanya persaingan secara 'bersahabat' - Ramanan

    “Kita bersedia dengan rakan-rakan ASEAN dan sebagainya untuk menampung antara satu sama lain kalau berlaku perubahan-perubahan hasil mengejut akibat daripada El Nino itu,” katanya.

    Dia berkata langkah itu penting bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan negara terus terpelihara meskipun berdepan perubahan cuaca yang tidak menentu.

    Pada 14 Jun lepas, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan jabatan itu sedang memantau rapi perkembangan fenomena El Nino, yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam masa terdekat dan berkemungkinan berterusan hingga awal 2027.

    Fenomena itu dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa, khususnya sepanjang Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei, dan dijangka berterusan hingga September tahun ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah