29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fanatik agama, kaum perlu dibanteras demi kelangsungan negara – PM

    Shopee Sale

    Rakyat Malaysia perlu menghindari sikap pelampau kaum dan agama bagi menjamin kelangsungan negara yang berdaulat dan merdeka selain menolak sikap ekstrem yang boleh memecah-belahkan rakyat.

    Menyampaikan Amanat Sambutan Hari Malaysia 2025 di hadapan ribuan rakyat berbilang kaum malam tadi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan sikap fanatisisme agama dan perkauman boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara.

    “(Sebagai) Negara merdeka dan berdaulat, (rakyat) mesti bersatu, mesti meleburkan kebencian dan prasangka antara kaum dan agama serta wilayah. Mesti menentukan bahawa sikap terlampau dengan kaum lain atau fanatik agama tidak dibenarkan.

    “Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat menjamin peluang serta kesaksamaan bagi semua kaum,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2025 bertemakan 'Malaysia Madani: Rakyat Disantuni di Pusat Konvensyen Picca@Arena di Butterworth, yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ramli Ngah Talib. 

    Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak Abang Johari Openg serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

    MENARIK:  Salah kuda: K'jaan PH buat saya terlampau harapkan SPRM - pemimpin Warisan

    Pada masa sama, Perdana Menteri berkata cabaran kepada pimpinan negara pula adalah memastikan ekonomi Malaysia terus melonjak dengan mengamalkan tatakelola yang baik.

    Menyentuh mengenai kemerdekaan, Anwar menekankan bahawa erti sebenar kemerdekaan bukan sekadar menggantikan penjajah dengan anak tempatan tetapi menjamin wujudnya sistem yang adil, berakhlak dan menjunjung nilai kemanusiaan.

    “Kemerdekaan ertinya menjamin suatu sistem ekonomi, budaya yang adil serta menjamin perpaduan dalam kalangan kita,” katanya.

    Dia berkata kemerdekaan Malaysia agak unik kerana ia tidak dibina atas penindasan kaum lain tetapi atas prinsip kebersamaan dan keadilan yang perlu dikekalkan oleh generasi baru.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah