28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu ternak babi: PAS demo depan pejabat Adun Seri Kembangan

    Shopee Sale

    Pemuda PAS Selangor berdemonstrasi di hadapan pejabat Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki susulan kenyataannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhubung cadangan mengkaji semula penternakan babi dengan kaedah moden, mampan dan lestari.

    Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar menegaskan himpunan itu bagi menyampaikan memorandum bantahan terhadap cadangan Wong yang disifatkkannya sebagai biadab dan menyinggung institusi diraja.

    "Kita tidak menghalang soal pemakanan individu, tetapi bantahan ini kerana isu yang telah selesai dibangkitkan semula, sedangkan ia sudah dinoktahkan oleh tuanku.

    "Sepatutnya sebagai wakil rakyat, beliau perlu menghormati institusi beraja dan tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat," tegasnya.

    Menurut kandungan memorandum bantahan, cadangan Adun DAP itu didakwa bercanggah dengan titah Sultan Selangor yang menetapkan tiada lagi aktiviti penternakan babi dibenarkan di negeri itu.

    Wakil Adun Seri Kembangan, Tey Boon Kiat menerima memorandum itu di hadapan pejabat wakil rakyat berkenaan, disaksikan kira-kira 30 penunjuk perasaan, termasuk anggota Pemuda PAS dan wakil NGO.


    BACA BERKAITAN:

    Isu babi di Selangor: Apa sebenarnya Wong Siew Ki kata?


    Ketika berhimpun, penunjuk perasaan melaungkan “Daulat Tuanku”, “Allah Akhbar” sambil mengangkat plakad bertulis “Wong Siew Ki Letak Jawatan” dan “Seri Kembangan Deserve Better”.

    Mohamed Sukri turut mendakwa kenyataan Wong itu seakan menderhaka terhadap titah Sultan Selangor, dengan berselindung di sebalik hujah kebebasan bersuara dan hak sama rata.

    MENARIK:  Cuba ceroboh Istana Negara, 2 lelaki dipenjara 2 bulan

    Sehubungan itu, Pemuda PAS Selangor menuntut Wong menarik balik kenyataan tersebut, memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan rakyat negeri itu serta menyatakan sokongan terhadap titah agar aktiviti penternakan babi dihentikan sepenuhnya.

    “Bagi saya, ini seolah-olah derhaka kepada Tuanku,” katanya.

    Ketua Pemuda PAS negeri itu juga mendesak supaya Wong dikenakan penggantungan selama setahun dari sidang DUN Selangor.

    Wong pada sesi perbahasan DUN Selangor sebelum ini telah mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbangkan semula penggunaan sistem penternakan babi moden secara tertutup.

    Sistem tersebut dikatakan mampu mengaplikasikan konsep sifar pelepasan (zero-discharge) serta memanfaatkan teknologi kitar semula biogas.

    Kenyataan Wong itu dituduh ahli politik PN dan Umno sebagai bercanggah dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak memperkenankan aktiviti penternakan babi di negeri itu susulan kebimbangan terhadap pencemaran dan kekangan sumber tanah.

    Sehubungan itu, baginda mencadangkan keperluan bekalan daging babi dipenuhi melalui import.

    Titah berkenaan dibuat selepas cadangan projek penternakan babi berpusat di Bukit Tagar mencetuskan bantahan penduduk setempat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah