Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baru berkuat kuasa mulai 15 November 2025., maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Pelantikan Fadlun, 58 telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Fadlun mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta berpengalaman lebih 28 tahun dalam bidang pengurusan bandar raya.
Fadlun yang berkhidmat sebagai presiden Perbadanan Putrajaya sejak 2022 menggantikan Maimunah Mohd Sharif yang menamatkan perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pada hari ini dan memulakan tugas sebagai Penasihat Hartanah Petronas pada 17 Nov.

[Berita penuh menyusul]





