28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kajian UIA tolak p’raya datuk bandar, kabinet fokus perkukuh DBKL

    Shopee Sale

    Pemilihan datuk bandar di Kuala Lumpur nampaknya tidak akan berlaku dalam masa terdekat, selepas kajian Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tidak menyokongnya - dengan kabinet bersetuju dan beralih kepada penambahbaikan lain.

    Cadangan oleh anggota parlimen Kuala Lumpur supaya ada pelantikan ahli majlis turut ditolak.

    Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh berkata dalam kenyataan semalam bahawa dapatan UIA tidak menyokong kewujudan ahli majlis di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

    Malaysiakini difahamkan bahawa kajian itu juga menasihatkan agar pilihan raya kerajaan tempatan tidak dilaksanakan.

    Dalam kenyataannya, Yeoh menyebut pihak universiti mendapati cadangan untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan - yang diperlukan bagi mengubah cara ibu kota ditadbir - adalah sensitif kerana ia melibatkan kedua-dua Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

    Keputusan kajian itu didedahkan dalam kenyataan Yeoh semalam.

    Walaupun dia tidak menyebut secara khusus mengenai pengundian datuk bandar atau pilihan raya kerajaan tempatan, kenyataan itu menunjukkan bahawa kajian UIA tidak menyokong cadangan sedemikian.

    Khususnya, dia berkata kajian UIA menasihatkan agar tidak memperkenalkan ahli majlis tempatan ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    Universiti itu juga mendapati cadangan untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan - untuk mengubah cara ibu kota ditadbir - adalah sensitif kerana ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

    Ini dipercayai merujuk kepada hujah bahawa sebarang perubahan pada akta itu mesti dibuat melalui rundingan dengan Raja Selangor, walaupun istana menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan pada tahun 1974 melalui Perjanjian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Kajian UIA juga dilaporkan menyatakan bahawa mengubah cara pejabat datuk bandar berfungsi akan bercanggah dengan niat asal akta itu - iaitu pentadbiran bandar dipisahkan daripada ketidakpastian politik kepartian - serta perjanjian penyerahan 1974.

    Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan secara khusus sama ada kajian itu menangani situasi semasa, yang datuk bandar adalah lantikan politik dan kawalan bandar tertakluk kepada sesiapa sahaja yang berkuasa di Putrajaya.

    MENARIK:  Ringgit diunjur RM4 hujung tahun ini, RM3.55 menjelang akhir 2025

    Daripada melakukan reformasi terhadap cara ibu kota itu dikawal, UIA mencadangkan agar semak dan imbang sedia ada dalam DBKL dipertingkat tanpa menambah lapisan yang boleh mewujudkan pertindihan fungsi atau mengaburkan ketelusan.

    Ia menyatakan kajian itu mendapati banyak isu operasi dalam DBKL bukan disebabkan oleh kekurangan undang-undang, sebaliknya disebabkan oleh kekurangan dokumen dan garis panduan tadbir urus yang terperinci serta berkuasa.

    UIA juga menyatakan bahawa perananan anggota parlimen Kuala Lumpur mesti diperkukuh sebagai semak dan imbang demokratik, tetapi tanpa sebarang kuasa pentadbiran.

    Selain itu, ia menyatakan satu rangka kerja tadbir urus rasmi diperlukan bagi Lembaga Penasihat DBKL untuk menggariskan kuota keanggotaan bagi pakar dan wakil masyarakat sivil, serta prosedur mesyuarat, penilaian cadangan, dan mekanisme pelaporan, serta hubungan kerja khusus antara lembaga, datuk bandar, menteri yang bertanggungjawab, dan pihak pengurusan DBKL.

    Sebagai maklum balas kepada dapatan kajian UIA itu, Yeoh berkata kabinet memutuskan untuk memberi tumpuan kepada memperkukuh pengurusan DBKL, mekanisme semak dan imbang, serta akauntabiliti sebelum mempertimbangkan sebarang pindaan kepada Akta Ibu Kota Persekutuan.

    Tidak jelas apakah metodologi yang digunakan oleh UIA, sama ada ia berunding dengan penduduk Kuala Lumpur, sama ada kajian itu melibatkan tinjauan, berapakah saiz sampel jika ia dijalankan, dan bagaimana ia mencapai kesimpulannya.

    Penemuan tersebut nampaknya bercanggah dengan tinjauan terbaru oleh Merdeka Center, yang mendapati 58 peratus pengundi berdaftar menyokong cadangan pengundian langsung bagi datuk bandar Kuala Lumpur, manakala 19 peratus menentangnya.

    Malah dalam kalangan orang Melayu yang ditinjau, 56 peratus menyokong pengundian datuk bandar manakala hanya 26 peratus menentang.

    Penemuan ini adalah sebahagian daripada tinjauan persepsi awam Merdeka Center, yang dijalankan dari 12 Mac hingga 9 April dan dikeluarkan minggu lepas.

    Responden dipilih secara rawak berstrata untuk memastikan perwakilan yang adil. 51 peratus daripada 1,209 responden adalah orang Melayu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah