Penyanyi Adik Waniey, memaklumkan dia tidak bergantung seratus peratus terhadap karier nyanyian dan memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Saya Di Fasa Yang Tenang’ – Eda Ezrin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eda Ezrin Kongsi Keadaan Di Penjara Thailand -‘Boleh Beli Biskut & Make Up’
Tak bergantung kepada nyanyian
Ketika ditemui , Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 35, memaklumkan dia akur dengan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu yang tidak membenarkan kaum wanita membuat persembahan secara terbuka.
Kalau tempat-tempat terbuka memang kita tak boleh menyanyi langsung. Kecuali di majlis perkahwinan atau dewan tertutup, itu bolehlah.
Tapi kalau untuk cari makan sebagai penyanyi dekat Kota Bharu memang tak boleh.
Berikutan tawaran nyanyian yang terhad di negeri berkenaan, Waniey mengambil inisiatif untuk menambah pendapatannya dengan menjadi hos siaran langsung serta menjalankan perniagaan.
Selepas benda ini berlaku, saya jadi hos siaran langsung dan buat live affiliate.
Macam-macamlah, tak bergantung pada tawaran menyanyi saja. Lepas itu saya ada perniagaan event management dan sound event management.
Kami buat sewa pembesar suara, LED dan macam-macam lagi.
Waniey berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Kelate Ke KL 2026 di Kuala Lumpur pada Rabu.
Walau bagaimanapun, Waniey tetap meneruskan kerjaya sebagai anak seni dengan memenuhi tawaran nyanyian di luar negeri Kelantan dan Terengganu.
Kalau ada tawaran di luar negeri macam Kuala Lumpur, Johor atau Kedah, saya akan pergi.
Dalam pada itu, Waniey juga berkongsi dia juga pernah berdepan dengan kecaman daripada warganet.
Memang pernah terfikir nak berhenti menyanyi. Bila ada komen-komen negatif masa saya buat live, ada orang cakap saya tak laku dan macam-macam lagi.
Sebab itu saya buat bisnes sound event management ini. Macam nak lari sedikit daripada bidang nyanyian dan beralih kepada bidang itu.
Dalam perkembangan lain, Waniey bakal menjayakan Konsert Kelate KL 2026 bersama enam lagi penyanyi iaitu Eda Ezrin, Rosalinda, Den Manjo, Man Khan, Fendi Kenali dan Aris Kapilla di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.
The post Adik Waniey Tak Bergantung Pada Tawaran Nyanyian Semata – ‘Saya Jadi Live Hos & Ada Perniagaan’ first appeared on OHBULAN!.





