Barisan penyanyi Pantai Timur bakal menggegarkan Konsert Kelate Ke KL 2026, yang dijadualkan bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Tegur Netizen Jangan Banding Suara Penyanyi Lama Dengan Zaman Muda – ‘Yang Ada Expiry Date Tu Makanan, Bukan Insan Seni’
Penyanyi pantai timur
View this post on Instagram
Menurut Pengarah Projek, Ayob Abd Majid, konsert ini akan menjadi medium untuk para penyanyi dari negeri Kelantan mengembangkan lagi potensi diri mereka, khususnya buat para penyokong yang berada di ibu kota.
Kita jarang dapat membawa artis wanita membuat persembahan di Kelantan. Malah, artis wanita dari Kelantan, mereka sendiri pun tidak dapat membuat persembahan di negeri sendiri.
Jadi, saya rasa saya perlu membawa mereka keluar untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur, bukan sahaja untuk rakyat Kelantan, tetapi juga untuk rakyat Malaysia secara amnya.
Alhamdulillah, mereka memberikan respons yang baik kerana percaya bakat mereka perlu dikembangkan ke luar Kelantan.
Dalam masa yang sama, Ayob yang juga Presiden Konsortium Industri Rakaman Music Malaysia (IRAMA) berkata, penyanyi-penyanyi dari negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut kini telah mula mendapat perhatian ramai.
Hari ini kita boleh lihat, mereka sudah mula menerima jemputan daripada penganjur dan menjelajah ke seluruh Malaysia.
Persembahan mereka di pusat beli-belah Angsana, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga sesak.
Dalam masa sama, salah seorang penyanyi Rosalinda, menyifatkan peluang membuat persembahan di konsert tersebut semestinya akan menjadi satu platform yang besar untuknya.
Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang ini. Terima kasih banyak-banyak kerana di Kelantan, penyanyi wanita hanya boleh membuat persembahan di majlis-majlis kenduri kahwin atau di tempat-tempat tertutup.
Persembahan itu juga hanya untuk penonton wanita, bukan lelaki. Jadi, Alhamdulillah saya diberi peluang untuk membuat persembahan di Zepp Kuala Lumpur nanti.
Untuk info, Konsert Kelate Ke KL 2026 membariskan penyanyi popular dari Kelantan seperti Eda Ezrin, Den Manjo, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Fendi Kenali dan Aris Kapilla.
The post Fenomena Pantai Timur Dibawa Ke Ibu Kota, Konsert Kelate Ke KL 2026 Bakal Gamatkan Zepp KL Ogos Ini first appeared on OHBULAN!.





