25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua lelaki dilapor hilang ditemukan meninggal dunia

    Shopee Sale

    Dua lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam dan 27 Jun lepas setelah keluar dari rumah masing-masing ditemukan meninggal dunia di dua lokasi berasinga n di Ayer Tawar, Sitiawan dekat Manjung hari ini.

    Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 9.39 pagi tadi daripada orang awam mengenai penemuan mangsa pertama yang berusia 50 tahun di dalam kebun kelapa sawit di Jalan Taman Sri Perak 2.

    "Mangsa kedua berusia 55 tahun pula ditemukan di sebuah rumah kosong di Lorong 1, Taman Biru kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan mayat telah reput," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Lebih baik Amanah bantu calon BN di DUN Mahkota - Ahmad Maslan

    Hasbullah berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bezah siasat.

    "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan maklumat ke Balai Polis Ayer Tawar di talian 05-6722222 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau hotline WhatsApp 017-6828005," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah