27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Didakwa hina India, Cikgu Chandra ditahan bawah Akta Hasutan

    Shopee Sale

    Pihak polis menahan seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Chandra malam kelmarin bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan merendah-rendahkan komuniti India dalam isu berkaitan kuil.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marshidi berkata suspek ditangkap oleh sepasukan polis sekitar jam 3.00 petang semalam selepas menerima laporan berhubung hantaran Facebook yang tular.

    "Hasil siasatan yang dibuat, suspek mengaku terlibat memuat naik posting berkenaan kerana berasa tidak berpuas hati dan untuk menarik perhatian pengikut-pengikutnya di media sosial," katanya dalam kenyataan.

    Ekoran tangkapan tersebut, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik pautan hantaran berkenaan.

    Siasatan bawah Akta Hasutan

    MENARIK:  Semak fakta: Simbahan cat di rumah ketua polis Segamat berlaku Februari lalu

    Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

    Siasatan bermula selepas pengadu pada 10 Februari mendakwa melihat hantaran suspek yang menyatakan komuniti India tidak bertamadun serta menyentuh isu kuil haram.

    Kenyataan itu disifatkan sebagai bersifat menghasut, menghina dan menyakitkan hati dengan niat mengganggu ketenteraman awam serta berpotensi mendorong tindakan di luar kawalan undang-undang.

    Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

    Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik hantaran sensitif yang menyentuh isu 3R (agama, raja, kaum) demi menjaga keamanan awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah