Perkongsian cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan mengenai penyakit kanser yang dialaminya sebelum ini telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Terima Pelbagai Cemuhan, Hanya Kerana Saya Suka Duduk Dapur’ – Chef Wan
Artikel Berkaitan: Chef Wan Terpaksa Cuit Iddin Ramli Ketika ‘Live’, Hampir Masuk Waktu Azan – ‘Saya Diberi Arahan Untuk Tegur’
Chef Wan sentiasa positif
Menerusi perkongsian di audio siar Studio Sembang, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 68, mengimbas kembali detik awal ketika dia didiagnos dengan kanser.
Bagaimanapun, reaksi Chef Wan setelah mengetahui dirinya menghidap penyakit tersebut telah membuatkan doktor yang merawatnya turut berasa kagum.
Doktor memberitahu, saya ada kanser burkitt (limfoma). Penyakit ini jarang ditemui, hanya 5% sahaja dalam dunia.
Saya tengok doktor dan berkata, ‘saya tak percaya, saya ialah insan yang terpilih.’
Kemudian doktor berkata, ‘saya tak pernah jumpa seseorang yang positif seperti awak.’
Menurut Chef Wan, dia menerima ujian tersebut dengan hati yang terbuka namun tetap positif untuk menghadapinya.
Ketika itu saya rasa kosong. Kalau ini adalah pengakhiran saya, maka saya akan menghadapinya seperti orang lain.
Tetapi saya mampu bertahan sehingga usia 65 tahun dan saya ada hidup yang sangat indah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Kerana setiap penyakit itu menghapuskan dosa kita.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi sikap optimis Chef Wan meskipun diuji dengan masalah kesihatan.
Dalam masa yang sama, mereka juga menjadikan Chef Wan sebagai figura contoh kerana memiliki sifat reda dengan ketentuan Allah SWT.
Untuk info, sekitar Ogos 2023 Chef Wan memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma.
Sumber: TikTok Studio Sembang
The post [VIDEO] Reaksi Positif Chef Wan Selepas Didiagnos Kanser Buat Ramai Kagum – ‘Kerana Setiap Penyakit Penghapus Dosa’ first appeared on OHBULAN!.





