25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baru

    Shopee Sale

    Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di Johor Bahru pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.

    Beliau berkata siasatan terhadap 13 individu yang direman hingga Selasa ini sedang dijalankan.

    “Soal siasat masih berjalan, mereka masih dalam tahanan reman. Tiada tangkapan baharu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Deepavali di Jalan Trus hari ini.

    Kumar sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya telah menahan 13 individu berusia 23 hingga 58 tahun dalam beberapa siri tangkapan di sekitar negeri ini bermula 9 malam Rabu hingga awal pagi Khamis lepas.

    Seorang daripada suspek yang ditahan, katanya adalah ahli keluarga mangsa.

    Sementara itu, Kumar berkata sebanyak 1,534 pegawai dan anggota polis di negeri ini ditugaskan sempena perayaan Deepavali kali ini.

    Beliau berkata daripada jumlah itu, 95 pegawai dan anggota ditugaskan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi mengawal dan mengatasi kesesakan di dua pintu masuk itu.

    MENARIK:  Aktivis Nadir Al-Nuri sahkan peserta GSF ditahan Israel dibawa ke pelabuhan Ashdod

    Kumar turut menggesa orang ramai yang ingin pulang bercuti sempena Deepavali untuk memanfaatkan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

    “Setakat ini (minggu ini) 80 permohonan VSP telah dilakukan secara dalam talian dan mengisi borang di balai polis,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah