32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    S’gor jual tanah hutan pada Jakel: Jika ada salah laku, MP akan adu ke SPRM

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata dia bersedia membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mendapati sebarang salah laku dalam penjualan tanah rizab hutan di Kinrara, Puchong.

    Bagaimanapun, wakil rakyat PKR itu menegaskan kerajaan negeri Selangor perlu terlebih dahulu mendedahkan semua butiran berkaitan dakwaan penjualan 68.4 hektar tanah Rizab Hutan Ayer Hitam kepada Jakel Group supaya ia dapat dianalisis.

    "Sehingga kerajaan Selangor secara rasmi mendedahkan sepenuhnya fakta dan angka berkaitan urus niaga tanah tersebut dan sehingga semua pihak dapat menganalisis fakta yang didedahkan, adalah tidak wajar dan terlalu awal untuk saya atau sesiapa di Kinrara membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa.

    "Jika dan apabila fakta akhirnya didedahkan oleh kerajaan Selangor, dan jika fakta menunjukkan berlaku salah laku atau kelemahan akauntabiliti, saya sendiri akan membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.

    Wong berkata demikian sebagai maklum balas terhadap Adun Kinrara, Ng Sze Han, yang menasihatkannya supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana agensi penguat kuasa jika dia mengesyaki wujud unsur “penyelewengan” dalam proses pengambilan tanah tersebut.

    Semalam, Ng yang juga exco Selangor dilaporkan berkata berkata dia menyokong ketelusan dan meminta Wong bersabar, sambil memaklumkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akan menjelaskan perkara itu pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

    MENARIK:  Kedutaan Taiwan tuntut mayat pempengaruh dikaitkan dengan Namewee

    Mengulas perkara itu, Wong mengingatkan Ng yang juga pengerusi DAP Selangor bahawa isu tanah berkenaan berada di bawah tanggungjawab Ng, memandangkan kawasan terlibat terletak di dalam kawasannya.

    Menurut Wong, walaupun perkara itu bukan dalam skop tugasnya sebagai ahli parlimen, dia memutuskan untuk meneliti perkara berkenaan selepas pejabatnya menerima banyak aduan daripada penduduk Kinrara yang meminta dia campur tangan.

    Walaupun telah menghantar tiga surat rasmi kepada kerajaan Selangor bagi mendapatkan pendedahan penuh, Wong berkata dia masih belum menerima sebarang maklum balas.

    "Sehingga hari ini, kerajaan Selangor yang mana Ng Sze Han merupakan anggota exco tidak membalas surat rasmi saya.

    "Dengan tidak membalas surat rasmi saya (maka) kerajaan Selangor tidak mengamalkan standard ketelusan tertinggi," katanya.

    Awal minggu ini, Wong menggesa kerajaan Selangor menjelaskan dakwaan bahawa 68.4 hektar tanah Rizab Hutan Ayer Hitam telah dijual pada harga rendah.

    Ahli parlimen itu berkata semakan melalui Pusat Maklumat Harta Tanah Negara menunjukkan tanah tersebut diperoleh Jakel Group pada harga hanya RM13.80 bagi setiap kaki persegi.

    Wong turut menggesa kerajaan negeri membeli semula tanah itu daripada pemaju sekiranya dakwaan tersebut benar.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah