29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nazrief Nazri Pernah Berdepan Masalah Kewangan Ketika PKP, Tak Cukup Duit Beli Barang Dapur – ‘Tak Ada Job Berlakon, Isteri Baru Bersalin’

    Shopee Sale

    Pelakon Nazrief Nazri mengimbas kembali detik sukar dalam hidupnya ketika berdepan kesempitan kewangan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

    Artikel Berkaitan: Nazrief Nazri Buat ‘Comeback’, Sanggup Diet Demi Dapatkan Semula ‘Look’ Hero – ‘Berat Badan Saya Pernah Cecah 98KG’

    Artikel Berkaitan: Nazrief Nazri Bimbang Peningkatan Kes Influenza A, Dua Ahli Keluarga Meninggal Dunia – ‘Ambiklah Vaksin, Tak Mahal Pun’

    Nazrief Nazri ada masalah kewangan masa PKP

    Menerusi hantaran di Threads, Nazrief berkongsi bahawa ketika itu dia diuji apabila tawaran lakonan terhenti sepenuhnya akibat PKP, manakala isterinya pula baru sahaja melahirkan anak dan tidak bekerja.

    Masa PKP 2.0, saya tengah ada financial struggle. Masa tu isteri tak bekerja sebab baru lepas bersalin. Job berlakon pula tengah tiada sebab PKP kan. Bisnes takaful pun down sebab ramai klien tak bayar.

    Masa nak bayar barang dapur, dekat kaunter cashier tu masa cashier tengah scan, saya asingkan siap-siap barang untuk diri sendiri, suruh cashier scan barang dapur untuk keluarga dulu. 

    Bila dah selesai scan, tengok duit ngam-ngam je untuk barang dapur. Terpaksa lah letak balik barang untuk diri sendiri tu.

    Disebabkan keadaan yang mendesak ketika itu, isterinya, Aizatul Aqma Hamdan, turut membantu dengan menjual syampu secara dalam talian bagi menambah pendapatan keluarga. 

    MENARIK:  "Dini Sahaja Kebahagiaan Saya, Tak Kisah Siapa Berani Sentuh Saya Masuk Penjara" - Janna Nick

    Nazrief akui usaha tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan keluarga mereka ketika itu.

    Masa tu sebab isteri nak bantu dari segi kewangan sambil jaga anak, isteri mula jual syampu secara online. 

    Saya pun tolong juga urusan penghantaran (postage).  Alhamdulillah, banyak juga jualan dia waktu itu.

    Bagaimanapun, selepas anak mereka semakin membesar, Nazrief mengambil keputusan untuk kembali aktif sepenuhnya dalam dunia lakonan.

    Fast forward, bila anak dah tiga tahun, saya decide untuk fulltime balik berlakon. 

    Sampailah sekarang anak dah lima tahun, alhamdulillah dari isteri kena topup duit untuk komitmen bulanan, sampai saya tanggung sepenuhnya sekarang.

    Dalam masa sama, Nazrief turut merakamkan penghargaan kepada penonton yang terus menyokong kerjaya lakonannya selepas kembali aktif menerusi beberapa drama seperti Berbahagi Suami, Seribu Tahun, Setiaku Berdiri dan Kerana Cinta Itu Dusta.

    Sumber: Threads Nazrief Nazri

    The post Nazrief Nazri Pernah Berdepan Masalah Kewangan Ketika PKP, Tak Cukup Duit Beli Barang Dapur – ‘Tak Ada Job Berlakon, Isteri Baru Bersalin’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah