27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bukan Dengan Peminat Je, Sesama Artis Pun Ada Yang Sombong’ – Azza Elite

    Shopee Sale

    Penyanyi, Azza Elite berpendapat bahawa sikap tidak membalas senyuman bukan sahaja berlaku antara orang biasa dan artis, malah turut terjadi dalam kalangan artis sesama sendiri.

    Artikel Berkaitan: ‘Maaf Tak Dapat Hadir Ke Open House Yang Dibuat Di Rumah, Risau Tuan Rumah Tidak Selesa Sebab Adam Autisme’ – Azza Elite

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kita Miskin, Orang Tak Pandang..Itulah Hakikat Dunia’ – Azza Elite

    Antara artis juga sombong

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna telah mencetuskan perbincangan apabila mengajukan soalan mengenai artis Malaysia yang pernah ditemui dan disifatkan sebagai bersikap sombong.

    Siapa artis Malaysia paling sombong yang awak semua pernah jumpa?

    Saya mulakan dulu, Ifa Raziah.

    Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Azza, atau nama penuhnya Noor Azzarina Zawari, yang berpendapat bahawa jika seseorang tidak membalas senyuman, kita sendiri boleh mengambil inisiatif dengan memberikan senyuman terlebih dahulu.

    Jangan kata artis dengan awak sahaja yang sombong, sebenarnya antara artis pun begitu juga.

    Jika orang tidak senyum kepada kita, kita sahaja yang mulakan walaupun sekadar senyuman kecil.

    Tidak mengapa, biar kita yang memulakan senyuman.

    Sangka baik

    Dalam masa yang sama, penyanyi lagu ‘Tamparan’ itu turut menitipkan pesanan agar kita sentiasa bersangka baik sekiranya senyuman yang diberikan tidak dibalas.

    Selepas itu, kalau dia tidak membalas senyuman, kita bersangka baik sahaja.

    Mungkin sebenarnya dia terlupa memakai cermin mata.

    Husnuzon.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [FOTO] ‘One Step Closer’- Atiq Azman, Alia Kerul Bertunang

    The post ‘Bukan Dengan Peminat Je, Sesama Artis Pun Ada Yang Sombong’ – Azza Elite first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah