32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan suami isteri antara suspek pecah masuk pencawang

    Shopee Sale

    Enam individu termasuk pasangan suami isteri ditahan selepas disyaki terlibat memecah masuk tapak pencawang telekomunikasi di Nilai Spring, Bandar Baru Nilai, dalam tangkapan sejak semalam hingga awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata semua suspek berusia antara 30 hingga 40-an itu ditahan di beberapa lokasi termasuk tempat kejadian dan rumah selepas polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7.17 malam semalam.

    “Pemeriksaan di lokasi mendapati pintu pelindung remote radio unit (RRU) milik syarikat telekomunikasi terbuka akibat dipecah masuk dan beberapa peralatan didapati hilang dipercayai dicuri.

    “Polis turut merampas beberapa unit peralatan telekomunikasi termasuk RRU Huawei, quad band combiner serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah selain kenderaan digunakan suspek,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

    MENARIK:  Siasatan kes pempengaruh seleweng RM3 juta dana awam hampir lengkap

    Johari berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu bertindak secara terancang dengan memecah masuk pencawang telekomunikasi dan mencabut komponen peralatan sebelum dijual di pasaran besi buruk.

    Menurutnya semakan rekod lampau mendapati sebahagian besar suspek mempunyai rekod jenayah termasuk melibatkan kes curi, samun serta kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Johari berkata semua suspek dibawa ke mahkamah Seremban hari ini bagi permohonan reman. Kes itu pula, katanya, disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

    “Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan tersebut turut terlibat dalam beberapa kes kecurian lain di sekitar Nilai.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah