29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Calon BN untuk PRK Mahkota diumum minggu depan

    Shopee Sale

    Naib Presiden Umno, Johari Abdul Ghani, berkata BN mungkin akan mengumumkan calon yang akan dipertaruhkan untuk pilihan raya kecil (PRK) DUN Mahkota pada minggu depan.

    Menurut Johari, nama calon yang difikirkan sesuai mempertahankan kerusi dimenangi BN itu akan diumumkan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.

    "Saya fikir MB (Onn Hafiz) akan buat pengumum... mungkin minggu depan," katanya kepada pemberita di Morib, hari ini.

    Menurut menteri perladangan dan komoditi itu lagi, Umno sudah menyenarai pendek dua atau tiga nama calon yang berpotensi sebelum keputusan muktamad dibuat nanti.

    Kerusi DUN Mahkota kosong selepas penyandangnya Allahyarham Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lalu.

    Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 Sept ini sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.

    MENARIK:  Naib presiden Gerakan mengaku tidak bersalah pecah amanah

    Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, suasana politik semasa mencadangkan bahawa BN dan sekutunya tidak boleh berasa selesa dalam mana-mana pilihan raya.

    "Dalam politik Malaysia hari ini, tiada istilah kerusi selamat.

    "Dinamik politik telah berubah, jadi tidak boleh mana-mana parti mengambil mudah soal kemenangan.

    "Kamu menang besar atau menang kecil, tiada jaminan kamu boleh menang semula dengan majoriti yang sama.

    "Jadi, penting untuk parti menumpukan sepenuh perhatian," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah