27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Caj trak bergerak RM3,300 mulai 1 April – Puspakom

    Shopee Sale

    Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) hari ini mengumumkan pindaan kepada caj perkhidmatan bergerak melibatkan perkhidmatan trak bergerak (MTS) dan van bergerak (MVS) bermula 1 April ini.

    Caj baharu untuk MTS ditetapkan pada RM3,300 berbanding kadar semasa RM3,000, manakala caj bagi MVS dinaikkan kepada RM120 daripada RM100.

    Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata pindaan itu dilakukan selepas mengambil kira keperluan untuk menyelaraskan caj perkhidmatan dengan struktur kos terkini.

    “Pindaan kadar caj ini dibuat selepas kajian menyeluruh bagi memastikan kelestarian perkhidmatan bergerak Puspakom dapat diteruskan demi manfaat pelanggan.

    “Pelanggan yang membawa kenderaan mereka ke cawangan Puspakom tidak akan terkesan dengan perubahan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    MENARIK:  Pengarah Lembaga Peperiksaan, pegawai ditukar lepas isu bendera salah

    Mahmood turut memaklumkan bahawa fi pemeriksaan kenderaan kekal tidak berubah, walaupun perubahan ini dilaksanakan bagi menyesuaikan kos operasi perkhidmatan bergerak Puspakom.

    Beliau menjelaskan bahawa kali terakhir semakan harga caj perkhidmatan dilakukan adalah pada 2007, meskipun Indeks Harga Pengguna (CPI) menunjukkan peningkatan setiap tahun.

    MTS menyediakan perkhidmatan pemeriksaan untuk syarikat yang memiliki jumlah kenderaan besar seperti operator kenderaan perdagangan, syarikat penghantaran barang, sekolah memandu, dan pengedar kenderaan.

    MVS pula menawarkan perkhidmatan pemeriksaan bagi kenderaan persendirian, termasuk untuk urusan tukar hak milik, cukai jalan tamat tempoh, dan pendaftaran kenderaan import.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah