32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Buka jalan PAS ke Putrajaya, MCA dan MIC perlu jawab

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin mahu MCA dan MIC supaya menyatakan pendirian secara terbuka berhubung pengisytiharan Dewan Ulama PAS Pusat yang mewajibkan pengundi Islam menyokong parti itu dan sekutunya bagi menawan Putrajaya sebagai memastikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis judi dapat dihentikan.

    Kenyataan berkenaan dikeluarkan berikutan laluan paling realistik bagi PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan adalah melalui kerjasama pilihan raya BN-PN bersama Umno, MCA, dan MIC.

    Chong Zhemin

    “Satu undi untuk BN kini adalah undi untuk meletakkan PAS di Putrajaya dan mengharamkan perjudian. PAS telah menyatakan pendiriannya dengan sangat jelas.

    “PAS tidak boleh membentuk kerajaan persekutuan secara bersendirian.

    “Oleh itu, Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden MIC SA Vigneswaran perlu menyatakan dengan jelas sama ada parti mereka menyokong matlamat PAS yang mengisytiharkan untuk menggunakan kuasa pusat untuk menamatkan perjudian di seluruh negara.

    Soalan amat mudah

    “Mereka juga perlu menjawab satu soalan yang amat mudah. Jika BN dan PN bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebagai sekutu, adakah MCA dan MIC akan menyokong kerajaan BN-PN yang memberikan PAS jumlah kerusi dan kuasa politik untuk melaksanakan dasar ini?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Ketua Penerangan DUPP, Mohd Nor Hamzah, hari ini berkata langkah mewajibkan orang ramai mengundi PAS adalah satu-satunya jalan untuk memastikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis judi dapat dihentikan.

    Penegasan badan kanan PAS itu dikeluarkan selepas Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan kerajaan Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan pembatalan arahan menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis judi.

    Keputusan mahkamah tertinggi negara itu secara faktanya menyatakan bahawa urusan perjudian tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, bukannya negeri.

    Dua mesej berbeza

    Mengulas lanjut, Chong berkata, MCA dan MIC tidak boleh ada lagi dua mesej yang berbeza, satu untuk pengundi Melayu dan satu lagi untuk pengundi bukan Melayu.

    "PAS secara terbuka memberitahu pengundi Islam bahawa mereka wajib mengundi parti itu dan sekutunya supaya PAS dapat sampai ke Putrajaya dan menghapuskan perjudian.

    MENARIK:  3 polis Indonesia maut ketika serbu sarang judi sabung ayam

    “Pada masa yang sama, MCA dan MIC tidak boleh ke kawasan masyarakat Cina dan India untuk meminta sokongan kepada BN sambil berpura-pura bahawa undi kepada BN langsung tiada kaitan dengan PAS," katanya lagi.

    Dia berkata, isu berkenaan akan memberi kesan mendalam terhadap kedudukan perlembagaan, kebebasan, serta cara hidup rakyat bukan Islam di negara ini kerana pengharaman perjudian di seluruh negara akan menjejaskan aktiviti yang sah dan dikawal selia di bawah undang-undang Persekutuan.

    Sehubungan itu, katanya, MCA dan MIC perlu memberi jawapan jelas kepada pengundi sebelum pilihan raya umum akan datang.

    Pemimpin DAP itu seterusnya berkata, isu ini melangkaui soal perjudian.

    “Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan agama. Orang Muslim dilarang oleh agama dia daripada berjudi, dan perkara itu mesti dihormati sepenuhnya.

    “Namun kerajaan Persekutuan juga mesti melindungi kedudukan perlembagaan, kebebasan dan cara hidup sah rakyat Malaysia bukan Islam,” katanya Chong.

    Jejaskan kebebasan bukan Islam

    PAS , menurutnya berhak memperjuangkan pendirian agama umat Islam, namun mereka tidak boleh menuntut agar tafsiran kewajipan agama Islamnya dikenakan melalui undang-undang persekutuan ke atas setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama.

    “Larangan di seluruh negara akan menjejaskan secara langsung kebebasan orang bukan Islam untuk menyertai aktiviti yang pada masa ini sah dan dikawal di bawah undang-undang persekutuan.

    “Perkara ini akan membangkitkan soalan yang jauh lebih besar tentang sama ada PAS berhasrat untuk menggunakan kuasa persekutuan bagi mengenakan pendirian agama dan moralnya secara beransur-ansur ke atas warganegara yang tidak menganut agama Islam,” katanya.

    Atas sebab itulah MCA dan MIC, menurut Chong tidak boleh menganggap perkara ini sebagai masalah orang lain.

    “Adakah MCA dan MIC akan menentang cadangan PAS? Adakah mereka akan menjadikan kesahihan perjudian yang dikawal bagi orang bukan Islam sebagai syarat untuk menyertai mana-mana kerajaan BN-PN?

    “Atau adakah mereka akan menerima agenda PAS sebagai pertukaran untuk jawatan Kabinet?” soalnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah