Peminat muzik tanah air yang tidak berpeluang menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) secara fizikal di Unifi Arena kini boleh menonton terus ke skrin menerusi kempen terbaharu, ‘Jom Tonton Di Rumah’.
Artikel Berkaitan: AJL40: Aina Abdul Serap Aura & Roh ‘Terus Hidup’ Dalam ‘Kamu’ – ‘Saya Mahu Rasa Tenang Sahaja’
Artikel Berkaitan: ‘Sabtu AJL40 & Pestapora, Ahad Big Stage, Isnin Latihan PGL’ – Aisha Retno Bahagikan Masa Dengan Baik
Jom tengok di Tonton!

Kempen tersebut memberi peluang kepada peminat untuk merasai kehangatan dan suasana gah AJL40 dalam kualiti definisi tinggi (Full HD) dengan lebih mudah dan fleksibel tanpa mengira lokasi mereka.
Selain persembahan daripada barisan finalis yang bertanding, penonton juga akan disajikan dengan persembahan pembukaan dan selingan istimewa daripada penyanyi terkemuka tanah air.
Lebih menarik, platform itu turut menyediakan akses untuk peminat mengimbau kembali momen gilang-gemilang daripada edisi AJL terdahulu yang mewarnai perjalanan empat dekad AJL dalam meraikan muzik tempatan.
Bagi memeriahkan lagi penglibatan penonton, Tonton turut membuka ruang kepada peminat untuk menjadi sebahagian daripada juri awam bagi menentukan pemenang Anugerah Persembahan Terbaik AJL40.
Undian tersebut akan dibuka secara rasmi pada 15 Ogos 2026, jam 9.00 malam dan akan berlangsung sehingga persembahan finalis terakhir selesai.
Untuk menyokong finalis kegemaran, peminat boleh melanggan pelan Tonton 3 Bulan yang mula ditawarkan pada 10 Ogos 2026.
Dengan setiap langganan memberikan 300 kredit undian. Satu akaun Tonton boleh melanggan pelan berkenaan maksimum sehingga 10 kali.
Kredit undian yang diterima boleh digunakan untuk menyokong finalis pilihan sepanjang tempoh undian, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk turut menyumbang kepada pemilihan penerima Anugerah Persembahan Terbaik AJL40.
Saksikan AJL40 secara langsung menerusi Tonton dan rasai sendiri bahang pentas berprestij ini terus dari skrin anda!
The post Jom Saksikan Dari Rumah! Kemeriahan AJL40 Dibawakan Terus Ke Skrin Dalam Kualiti Full HD first appeared on OHBULAN!.





