31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azhan Rani Elak Tawaran Genre Aksi & Seram – ‘Mungkin Faktor Umur Yang Dah Masuk 50’

    Shopee Sale

    Pelakon Azhan Rani mengakui kini lebih selektif memilih naskhah yang sesuai dengan dirinya selepas mencecah usia 50 tahun.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhan Rani Sifatkan Allahyarham Cik Man Seorang Yang Ceria – ‘Dia Pernah Pesan Jangan Cakap Keburukan Orang Lain’

    Artikel Berkaitan: Azhan Rani Jawab Dakwaan Dilabel ‘Artis Sombong’ – ‘Saya Tak Boleh Layan Orang 24 Jam’

    Tolak tawaran aksi

    Ketika ditemui , Azhan, 50, menjelaskan bahawa dia tidak menolak tawaran lakonan secara membuta tuli sebaliknya tetap mempertimbangkan kemampuannya untuk menjayakan watak yang diamanahkan.

    Tambah Azhan, terdapat beberapa genre yang cuba dielakkan kerana keadaan dirinya yang mudah berasa penat dan mengantuk ketika perlu menunggu giliran untuk menjayakan babak di set penggambaran.

    Bukanlah tolak terus tawaran tetapi perlu juga tengok pada jalan cerita namun banyak benda saya kena fikirkan.

    Penting untuk saya pertimbangkan faktor masa dan kesihatan.

    Jadi, saya rasa bila tidak mampu lakukan, saya akan tolak awal. Kalau boleh, saya terima saja.

    Saya sebenarnya tidak lagi begitu berminat dengan filem aksi tambahan pula faktor umur, rasa cepat pancit (letih) dan cepat mengantuk.

    Dulu-dulu saya boleh buat, penggambaran habis sekitar pukul 4 pagi kemudian sambung esok untuk cerita lain pula tetapi sekarang cepat mengantuk.

    Mungkin kerana faktor umur yang sudah masuk 50, jadi rasa berbeza.

    Azhan berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengenalan pelakon dan pelancaran poster filem Chelot yang berlangsung di Bungalow 37, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Syukur Kes Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Selesai – ‘Lepas Ni Ada Satu Lagi’

    Genre aksi dan seram

    Mengulas lanjut, pelakon berusia 50 tahun itu mengakui kurang gemar membintangi genre seram kerana perlu menunggu lama ketika proses penggambaran di set.

    Sama juga dengan cerita seram, kurang suka, bukan sebab saya takut tapi kerana lambat. Efek-efek khas dia lambat, menunggu hantu nak bersiap.

    Lagilah kalau jadi hantu, orang lain dah pulang tetapi kita tak balik lagi sebab nak tanggalkan semua solekan. Dah datang awal tetapi balik paling lambat.

    Untuk perkembangan terkini, Azhan kini terlibat dalam filem Chelot arahan Adrian Teh yang bakal ditayangkan bermula 27 Ogos ini.

    Filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Alicia Amin dan Nadhir Nasar.

    The post Azhan Rani Elak Tawaran Genre Aksi & Seram – ‘Mungkin Faktor Umur Yang Dah Masuk 50’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah