32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raja Azura Terbuka Digandingkan Dengan Keanu Azman – ‘Lakukan Apa Yang Kita Mampu, Tak Boleh Puaskan Hati Semua’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Raja Azura menerima dengan hati terbuka apabila digandingkan dengan hos generasi baharu, Keanu Azman sebagai hos program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26) yang bakal membuka tirai pada 22 Ogos ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raja Azura Doa Abby Abadi Diberi Ketenangan Hati, Kembali Berdamai Dengan Keluarga – ‘Pasti Ada Jalan’

    Artikel Berkaitan: Raja Azura Sedia Kongsi Ilmu Pengacaraan Kepada Pelapis Baharu – ‘Datang Jumpa, Saya Tak Letakkan Bayaran’

    Hos

    Ketika ditemui , Raja Azura, 53, berkata dia lebih gemar bekerjasama dengan individu yang bermula dari bawah kerana mereka berpeluang menimba lebih banyak ilmu.

    Kata Raja Azura, dia juga sempat menyelidik latar belakang kerjaya seni Keanu kerana mahu mencari keserasian dan cara terbaik untuk bekerjasama sebagai hos.

    Selepas dapat tahu digandingkan dengan Keanu, saya buat sedikit research mengenai dia tentang pengacaraan dan personalitinya.

    Research itu untuk melihat dari sudut mana yang sesuai untuk saya bekerjasama dengan dia.

    Pada awalnya, Keanu mesej saya untuk bertemu secara peribadi dan belanja makan untuk dapatkan ilmu pengacaraan.

    Ketika ditanya mengenai respons orang ramai terhadap gandingan mereka, Raja Azura berkata dia tidak pernah menjadikan pandangan netizen sebagai ukuran dalam menjalankan tanggungjawabnya.

    Saya ni pula jenis kebal. Bukan nak cakap besar, saya tak pernah layan netizen sebab saya bukan jenis orang yang tengok komen di media sosial.

    Bagi saya, diri saya adalah diri saya. Kalau orang nak komen, itu mereka punya hal.

    Yang penting, apabila kita diberikan tanggungjawab untuk mengemudikan sesuatu program itu, kita jalankan amanah itu dengan baik dan sempurna.

    Menurutnya, dia lebih memilih untuk menumpukan perhatian terhadap kualiti kerja kerana menyedari bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

    Kita lakukan sahaja apa yang kita mampu kerana nak puaskan hati semua orang memang tak boleh.

    Ada yang suka kita dan ada juga yang tidak suka dengan kita.

    Kalau ada yang suka dengan cara saya, alhamdulillah. Kalau ada yang tak suka, saya doakan mereka akan suka suatu hari nanti.

    The post Raja Azura Terbuka Digandingkan Dengan Keanu Azman – ‘Lakukan Apa Yang Kita Mampu, Tak Boleh Puaskan Hati Semua’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Kenali Khasiat Matcha: Mampu Hindari Virus Covid-19 & Penyakit Jantung

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah