Bekas suami kepada pelakon dan model, Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, mendakwa bekas isterinya itu sudah tiga bulan tidak bertemu empat cahaya mata mereka yang kini berada di bawah jagaannya.
Artikel Berkaitan: Bekas Suami Zahnita Dapat Hak Penjagaan Anak-Anak Kekal – ‘Harap Dapat Tamatkan Dakwaan Yang Cemarkan Nama Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Suami Dia Percaya Zahnita Letak Dad*h Dalam Makanan, Mata Dia Bukan Kena Tumb*k’ – Bekas Rakan Kongsi Dakwa Zahnita Putar Belit?
Anak rindu Zahnita

Zackery, 48, berkata dakwaan berhubung hubungan Zahnita dengan anak-anak yang dibuat dalam beberapa temu bual media baru-baru ini tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Dakwanya, anak bongsu mereka, Abd Zayden Ghouse, 5, yang menghidap autisme sering bertanyakan tentang ibunya sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keadaan emosinya.
Sudah tiga bulan dia tidak menjenguk anak. Anak saya yang berusia lima tahun itu langsung tidak berjumpa dengan ibunya dalam tempoh berkenaan.
Dia memerlukan lebih perhatian kerana autisme dan selalu mencari ibunya. Therapist juga pernah bertanya kerana dia kerap bertanyakan tentang ibu ketika sesi terapi.
Menurut therapist, tidak elok jika mereka berjauhan terlalu lama kerana ia boleh menjejaskan keadaan emosinya.
Dakwa Zackery, Zahnita ada menghubungi anak kedua mereka, Zasharayna Ghouse namun mendakwa panggilan berkenaan tidak dilakukan secara video. Keadaan itu menyebabkan anak-anak tidak dapat melihat wajah ibu mereka bagi melepaskan rasa rindu.
Kalau dengar kenyataan dia kepada media, dia kata ada berjumpa setiap bulan. Dia juga ada cakap tiga minggu lalu ada berjumpa, tetapi memang tidak ada. Kali terakhir mereka berjumpa adalah pada hujung Mei.
Dalam pada itu, Zackery meminta Zahnita lebih berhati-hati apabila berkongsi mengenai hubungan dengan anak-anak kerana bimbang kenyataan yang tidak tepat akan memberi kesan kepada emosi mereka.
Tegasnya, dia tidak pernah menghalang Zahnita untuk bertemu atau berhubung dengan anak-anak dan sentiasa terbuka sekiranya bekas isterinya mahu berbuat demikian.
Dia kena jaga apa yang dia cakap sebab anak-anak boleh tengok video dia. Saya takut mereka terasa hati. Sebulan sekali pun okey. Saya tidak pernah halang. Kuantan dengan Kuala Lumpur pun bukan jauh mana.
Zackery turut mempersoalkan kenyataan Zahnita yang menyifatkan dirinya sebagai individu terbaik untuk menjaga anak-anak, sedangkan menurutnya bekas isterinya itu pernah memberikan kenyataan berbeza sebelum ini.
Dia ada cakap saya terbaik untuk jaga anak-anak, tetapi dulu dia cakap sebaliknya. Jadi, makin lama makin banyak pembohongan.
Jangan tutup kesalahan sendiri tetapi gunakan anak. Cuma mahu nampak baik di depan orang, tetapi yang terasa adalah anak-anak. Saya yang perlu berdepan dengan emosi mereka.
Saya cuma mahu dia berhenti berbohong dan berada di sisi mereka seperti yang dikatakan kepada media. Itu sudah cukup bagus.
Sebelum ini, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Doroty Hussein Wilson, 41, dalam satu temu bual memaklumkan kali terakhir dia bertemu anak-anak adalah kira-kira tiga minggu lalu.
Untuk rekod, Zackery dan Zahnita mendirikan rumah tangga pada 2005 sebelum berpisah pada Ogos 2025.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5.
The post Anak-Anak Rindu Zahnita Wilson, Bekas Suami Dakwa Dah Tiga Bulan Tak Berjumpa – ‘Berhenti Berbohong’ first appeared on OHBULAN!.





