32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anna Jobling Memang Mula Dalam Industri Lebih Awal Daripada Saya’ – Arabella Ellen

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Arabella Ellen tidak menganggap perbandingan dirinya dengan Anna Jobling sebagai sesuatu yang negatif terutama apabila kedua-duanya sering disamakan kerana berdarah kacukan.

    Artikel Berkaitan: ‘Tidak Kisah Jika Orang Tak Kenal Saya, Semua Bermula Dari Bawah’ – Arabella Ellen

    Artikel Berkaitan: Arabella Ellen Pergi Casting, Percaya Dipilih Berlakon Kerana Bakat Bukan Rupa

    Tak kisah disamakan

    Ketika ditemui , Arabella atau nama sebenarnya Arabella Ellen Mohd. Yahya John Robert Nelson, 21, berkata dia mahu membuktikan kemampuan sendiri dan membina nama dalam dunia lakonan tanpa terlalu terikat dengan persamaan tersebut.

    Saya rasa benda itu tidak salah pun sebab Anna memang mula dalam industri lebih awal daripada saya. Saya pula baru saja bermula pada 2023.

    Secara tak langsung perbandingan juga perlu dilihat dari susut positif. Jadikan saya lebih bersemangat untuk gandakan lagi usaha agar bakat diperakui ramai.

    Soal populariti, secara perlahan-lahan pun tak mengapa, asalkan konsistan. Saya perlu bina nama sendiri dan tak nak tergesa-gesa untuk mengejar sesiapa.

    Arabella berkata demikian ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen KLFW X TOMEI, baru-baru ini.

    MENARIK:  Shopee Himpun 2,000 Affiliate Sempena 7.7 Jualan Tengah Tahun

    Katanya, setiap pelakon mempunyai perjalanan dan rezeki masing-masing, justeru dia memilih untuk terus fokus mengembangkan kerjaya serta membina namanya sendiri dalam dunia seni.

    Dalam pada itu, Arabella yang juga Naib Juara Dewi Remaja 2023 percaya perkara paling penting adalah kekal menjadi diri sendiri tanpa terlalu memikirkan persepsi orang lain.

    Saya juga tidak kisah kalau orang kata saya sama atau nampak macam Anna.

    Bagi saya, apa yang penting adalah menjadi diri sendiri. Selagi saya buat apa yang saya perlu buat dan tidak terlalu memikirkan apa orang cakap, saya okay.

    The post ‘Anna Jobling Memang Mula Dalam Industri Lebih Awal Daripada Saya’ – Arabella Ellen first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah