26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN sokong kerajaan baru Sabah

    Shopee Sale

    BN mengumumkan sedia bekerjasama serta menyokong pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baru bawah kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

    “Kerjasama ini dizahirkan demi memastikan Negeri Sabah terus berada dalam landasan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan yang berterusan demi rakyat negeri ini,” kata setiausaha agungnya Zambry Abd Kadir.

    Zambry Abd Kadir

    Dalam kenyataan hari ini, Zambry juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang memberikan kepercayaan kepada calon BN pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17. 

    “PRN ini merupakan suatu proses demokrasi yang matang dan BN menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dengan hati yang terbuka serta penuh rasa hormat terhadap suara dan mandat mereka.

    MENARIK:  Selepas 19 tahun, akhirnya 'Uncle Umar' dapat hubungi Desmond

    BN juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti dari seluruh pelosok negara yang telah bertungkus lumus sejak hari pertama kempen sehingga ke saat terakhir. 

    “Segala keringat, masa dan komitmen yang dicurahkan adalah lambang kesetiaan dan semangat perjuangan demi parti serta demi kepentingan rakyat,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah