26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Biden ikrar tamatkan perang di Gaza

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berikrar untuk menamatkan peranang di Semenanjung Gaza dan membawa pulang tawanan, lapor Agensi Anadolu.

    “Saya akan terus berusaha membawa pulang tawanan, menamatkan peranang di Gaza, dan membawa keamanan serta keselamatan ke Timur Tengah,” kata Biden pada malam Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat di Chicago, Illinois.

    “Kami bekerja sepanjang masa…untuk menghalang peranang yang lebih meluas, menyatukan kembali tawanan dengan keluarga mereka dan meningkatkan bantuan kemanusiaan serta makanan di Gaza. Untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin dan akhirnya mencapai gencatan senjata serta mengakhiri peranang ini,” katanya.

    Ketika konvensyen bermula lebih awal pada Isnin, ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di Chicago mendesak penamatan sokongan AS terhadap peranang Israel di Gaza, dengan lebih 40,000 rakyat Palestin terbunuh.

    MENARIK:  Tanah jerlus: Anak mangsa ikuti perkembangan di lokasi pencarian

    Penunjuk perasaan berarak melalui pusat bandar Chicago, sambil sesekali melaungkan slogan seperti "Bebaskan, bebaskan Palestin" beberapa jam sebelum Biden dijadual berucap di konvensyen itu.

    "Penunjuk perasaan di jalanan, mereka ada hujahnya. Ramai orang yang tidak bersalah terbunuh, membabitkan kedua-dua belah pihak," kata Biden.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah