25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanah jerlus: Anak mangsa ikuti perkembangan di lokasi pencarian

    Shopee Sale

    Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur memasuki hari kelima hari ini.

    Tinjauan Bernama di lokasi mendapati seawal 8 pagi pihak berkuasa terlibat dilihat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk melaksanakan SAR berkenaan.

    Difahamkan anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya, 26, berada di lokasi pencarian kira-kira pukul 9 pagi, bagi mengikuti perkembangan operasi.

    Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat 9 pagi tadi, dan hampir 50 petugas media sudah berada di lokai seawal pukul 8 pagi untuk mengikuti perkembangan lanjut pencarian.

    Dalam kejadian Jumaat lepas, Vijayaletchumy yang berada dalam negara ini bersama keluarga untuk melancong, dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kuil berhampiran apabila beliau terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan terus hilang.

    MENARIK:  Jalur Gemilang tanpa bulan sabit: Maszlee tuntut tindakan tegas

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah