30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berkabung atas kematian Haniyeh, Israel tahan imam Masjid Al-Aqsa

    Shopee Sale

    Polis Israel pada Jumaat menahan imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri kerana berkabung atas kematian ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh, lapor Agensi Anadolu.

    Hamas dan Iran menuduh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Haniyeh pada Rabu, tetapi Tel Aviv belum mengesahkan atau menafikan penglibatannya.

    Saksi mendakwa polis Israel menyerbu rumah imam itu di Baitulmaqdis Timur dan menahannya, lapor agensi itu lagi.

    Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Sabri mengetuai solat jenazah ghaib untuk Haniyeh.

    "Penduduk Baitulmaqdis dan sekitarnya dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang diberkati berkabung atas syahidnya Ismail Haniyeh," katanya dalam khutbah.

    Selepas khutbah, polis Israel menjalankan siasatan sama ada kenyataan itu merupakan "hasutan" dan akan bertindak sewajarnya.

    MENARIK:  Adun Pasir Bedamar dipilih ketua pemuda DAP

    Imam berusia 85 tahun itu pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.

    Sabri adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin yang berlanjutan selama beberapa dekad.

    Beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah