27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berbeza pandangan isu syarikat arak, PAS beri 'pilihan' buat Gerakan

    Shopee Sale

    PAS menyatakan rasa kecewa dengan pendirian ditunjuk rakan mereka dalam PN yang dilihat senada dengan DAP dalam isu syarikat bir terlibat dalam membantu sekolah vernakular mendapatkan dana.

    Bahkan PAS memberi bayangan bahawa dengan pendirian tersebut tidak mustahil mereka akan memilih haluan berbeza dengan Gerakan dalam PRU akan datang.

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pendirian Gerakan dalam isu berkenaan adalah sesuatu yang "sangat mengecewakan" parti berkenaan.

    "Pendirian rasmi parti Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan.

    "Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh Gerakan, PRU ke-16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dalam satu ikatan politik," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

    Semalam, Gerakan dilaporkan sependapat dengan DAP - yang menjadi musuh ketat PAS - apabila meminta supaya syarikat berkaitan arak atau rokok tidak dihalang daripada memberi dana kepada sekolah jenis kebangsaan Cina.

    Presiden Gerakan, Dominic Lau, mendakwa saranan itu dipilih kerana sekolah aliran Cina di negara ini tidak diberikan dana mencukupi oleh kerajaan pusat untuk beroperasi dengan sempurna.

    Jelas Lau, segala kemudahan yang disifatkan terbaik yang dimiliki sekolah aliran Cina ketika ini adalah hasil sumbangan dana pihak luar yang tidak terhad daripada syarikat-syarikat besar, malah golongan peniaga kecil dan penjaja.

    “Kalau tak mahu sekolah aliran Cina ini terima dana, okay kita setuju, tapi kerajaan kena bagi dana yang mencukupi kepada sekolah-sekolah aliran ini," katanya dalam sidang media semalam.

    MENARIK:  Ahli MPP PKR dakwa Rafizi ‘sabotaj dalaman' parti

    Sebelum ini pemimpin PAS mengkritik keras pendirian DAP yang menyokong sekolah vernakular menerima sumbangan daripada pihak luar termasuk syarikat bir.

    PAS turut mengecam hebat Ahli Parlimen Sepang, Aiman Atirah Sabu, kerana menghadiri majlis sumbangan kepada sebuah sekolah jenis Cina yang melibatkan syarikat Tiger Beer sebagai pihak yang memudah cara sumbangan awam.

    Kelmarian kerajaan memutuskan untuk mengekalkan garis panduan sedia ada bagi prosedur sumbangan dana kepada sekolah, termasuk larangan memapar atau mempromosi minuman keras dalam sekolah.

    Namun Kementerian Pendidikan (KPM) berkata kerajaan juga setuju memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular untuk menerima sumbangan melalui lembaga pengelola sekolah (LPS) dan yayasan, seperti yang telah diamalkan sebelum ini.

    "Bagaimanapun, jemaah menteri menegaskan penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh melibatkan pelajar Islam," kata KPM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah