25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas presiden PPP SI Rajah meninggal dunia

    Shopee Sale

    Bekas presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) SI Rajah meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Kuala Lumpur malam tadi pada usia 86 tahun.

    Perkara itu disahkan Presiden PPP Datuk Dr Loga Bala Mohan yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar kepada parti.

    Beliau berkata mendiang merupakan pemimpin yang dihormati dan memainkan perananan penting dalam memastikan kesinambungan serta pertumbuhan PPP semasa melalui tempoh mencabar dalam sejarahnya.

    “Mendiang seorang yang komited dan berkhidmat kepada parti dengan dedikasi serta menjunjung prinsip penubuhannya, iaitu pelbagai kaum dan berkhidmat untuk rakyat,” katanya kepada Bernama hari ini.

    MENARIK:  Lepasan SPM 10A tak dapat tempat, ditawar matrikulasi menjelang Ogos - Fadhlina

    Loga Bala berkata kepimpinan dan bimbingan mendiang membantu parti melalui peralihan utama dan cabaran dalaman yang meninggalkan legasi kepada pemimpin serta ahli parti.

    SI Rajah, seorang peguam terkemuka merupakan presiden PPP dari 1978 hingga 1982 dan kekal berpengaruh walaupun selepas berundur daripada kepimpinan aktif parti.

    Pengebumian berlangsung di Krematorium Loke Yew pada 3 petang selepas upacara sembahyang mengikut agama Hindu di Puchong, Selangor.

    Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk T Murugiah yang turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang berkata SI Rajah merupakan tokoh penting dalam membentuk PPP hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah