Pelakon Zarif Ghazzi mengakui berdepan kesukaran untuk mendapatkan tidur yang mencukupi setiap hari berikutan jadual hariannya yang padat.
Artikel Berkaitan: Bawa Siti Nurhaliza Naik Beca, Zarif Ghazzi Anggap Momen Indah – ‘Rezeki Sangat Bermakna’
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Tak Akan Pakai Rantai Untuk Nampak ‘Style’ & ‘Fashionable’, Tahu Hukum Haram
‘Tidur tiga atau empat jam’ – Zarif Ghazzi

Menurut Zarif, dia kebiasaannya hanya tidur sekitar tiga hingga empat jam sehari kerana sukar melelapkan mata pada waktu malam.
Berkongsi mengenai rutin tidurnya, Zarif turut menyebut MagneSleep, salah satu produk Toujours yang digunakannya untuk membantu mendapatkan tidur lebih nyenyak atau deep sleep.
Yang saya tidak jaga adalah tidur, susah sangat nak tidur malam. Saya hanya dapat tidur dalam tiga atau empat jam sehari, tapi itu sudah mencukupi untuk deep sleep.
Kalau hari cuti, memang lapan jam tidur. Saya nak tidur secukupnya, kalau terlebih tidur pun tidak bagus. Waktu tidur juga memainkan peranan.
Zarif berkata demikian ketika menghadiri majlis pengenalan dirinya sebagai duta baharu Toujours Advanced yang berlangsung di Ruuma Cafe, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, pada Jumaat.
Seorang ‘morning person’

Berkongsi mengenai rutin hariannya, Zarif berkata dia seorang morning person yang sudah terbiasa terjaga pada waktu subuh.
Saya seorang morning person, jadi body clock saya dah terbiasa terjaga pada waktu subuh.
Walaupun berdepan kekangan masa untuk menguruskan rutin harian, Zarif tetap memberikan perhatian terhadap aspek kesihatan, khususnya penjagaan pemakanan.
Malah, dia bersyukur apabila pemeriksaan kesihatan menyeluruh yang dilakukan pada bulan lalu menunjukkan keputusan normal.
Banyak benda yang saya tak dapat kawal memandangkan kekangan jadual yang sibuk. Tapi saya fokus dengan penjagaan pemakanan. Alhamdulillah, bulan lepas buat full check-up, semuanya normal.
Dalam pada itu, Zarif turut berkongsi bahawa keluarganya juga mengambil produk Toujours, namun perkara tersebut hanya diketahuinya baru-baru ini.
Baru saya tahu sebenarnya keluarga saya makan Toujours juga, cuma mereka tidak beritahu. Sebelum ini saya pernah pesan kalau nak beli mana-mana produk, bagi tahu saya dulu. Biar saya yang bayar.
Untuk rekod, Toujours Advanced secara rasmi memperkenalkan Zarif sebagai duta jenama selama setahun menerusi satu sidang media pada 23 Oktober lalu.
Kerjasama itu mencerminkan usaha jenama berkenaan untuk menggalakkan orang ramai menjadikan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sebagai sebahagian daripada rutin harian, selain membina kesedaran mengenai kepentingan menjaga diri secara konsisten.
The post [VIDEO] Zarif Ghazzi Jaga Kesihatan, Syukur Keputusan Pemeriksaan Normal – ‘Saya Nak Tidur Secukupnya ..’ first appeared on OHBULAN!.





