29.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Mungkin Ada Rasa Terkilan Individu Itu Tidak Tercalon, Tetapi Saya Tahu Mereka Hebat’ – Sofia Jane 

    Shopee Sale

    Pelakon berpengalaman, Datin Sofia Jane berkongsi pendapatnya tentang segelintir penggiat seni yang tidak tercalon dalam sesebuah anugerah meskipun dirasakan layak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebagai Pelakon Kita Berhak Menuntut Penulisan Yang Baik, Itulah Demand Sebenar’ – Sofia Jane

    Pendapat Sofia

    Ketika ditemui pemilik nama lengkap Sofia Jane Hisham, 54, mengakui turut tertanya-tanya apabila individu yang mempunyai potensi untuk menerima pengiktirafan tidak tersenarai sebagai calon.

    Namun, Sofia akui dia tidak berhak untuk mempersoalkan penilaian daripada pihak juri.

    Saya juga rasa dan tertanya-tanya mengapa individu itu tidak tercalon sebab saya sangat menyukai hasil kerjanya. Tetapi saya bukanlah juri jadi saya tak boleh mempertikaikan mengapa nama mereka ada atau tiada dalam pencalonan.

    Menurut Sofia, tercalon atau tidak ia bukanlah  ukuran kepada mutu kerja yang mereka usahakan, malah dia melihat individu-individu ini tetap meneruskan kerjaya masing-masing meskipun tidak pernah menerima trofi.

    Mungkin ada beberapa pelakon, penulis atau pengarah yang tak termasuk dalam senarai Top 5 tetapi saya tahu ramai yang mengagumi hasil kerja mereka. 

    Ramai yang dicalonkan tetapi tidak menang, namun itu tidak membuatkan mereka berhenti daripada terus berkarya malah masih meneruskan kerja.

    ‘Mungkin ada rasa terkilan apabila individu itu tidak dicalonkan tetapi saya tahu dia memang hebat dan saya menantikan karya-karyanya yang akan datang.

    Sofia berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual ekslusif bersamanya yang diadakan di Bangsar Village, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Kacak Gembira Niat Mahu Hadiahkan ‘Wheelchair’ Kepada Ustaz Tertunai, Netizen Puji Hasil Didikan DSV Suka Sedekah

    Tambah pelakon filem Malam Terlarang itu, perkara tersebut juga berlaku bukan sahaja dalam industri seni tempatan tetapi turut menjadi isu di festival filem luar negara.

    Hal seperti ini memang terjadi, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. 

    Walau bagaimanapun, Sofia yakin bahawa kehebatan dan bakat seseorang pengkarya seni tidak semestinya diukur menerusi anugerah yang diraih, tetapi daripada kerja keras yang ditonjolkan dalam sesebuah naskhah.

    ‘Mungkin individu itu tidak perlu pengiktirafan. Sebab dia begitu baik dan sangat bagus.

    Terdahulu, terdapat pihak tampil menyuarakan tentang segelintir penggiat seni yang dilihat layak namun tidak tercalon di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

    The post [VIDEO] ‘Mungkin Ada Rasa Terkilan Individu Itu Tidak Tercalon, Tetapi Saya Tahu Mereka Hebat’ – Sofia Jane  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah