29.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #OBPVO2.0: Khaled Hassan Tak Sangka Tercalon ‘Peniaga Paling Viral’, Ajak Pelanggan Undi – ‘Saya Dikenali Kerana Bonsha Bonshi’

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan Khaled Hassan mengakui tidak menyangka dirinya tercalon dalam kategori Peniaga Paling Viral di Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0).

    Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Calon, Satu Gelaran! Siapa Bakal Bergelar Peniaga Paling Viral Tahun Ini?

    Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Paling Viral Online 2.0 Kembali Lagi! Sembilan Kategori Jadi Rebutan 

    ‘Saya rasa tak layak, tapi saya bersyukur’

    Ketika ditemui , Khaled atau lebih mesra disapa Khal meluahkan rasa syukur dan terharu dengan pencalonan tersebut.

    Ujarnya lagi, sokongan pelanggan dan penonton siaran langsung di TikTok menjadi antara faktor utama yang membantu perkembangan perniagaan Bonsha Bonshi.

    Sebenarnya saya rasa macam saya tak layak. Ada lagi yang lebih layak daripada saya, tapi saya sangat bersyukur sebab tanpa viewers, tanpa supporter, siapalah saya.

    Terima kasih kepada semua yang selalu support saya, terutamanya pelanggan kesayangan saya.

    Dalam pada itu, Khaled berharap orang ramai dapat memberikan sokongan menerusi undian yang bakal dibuka bermula 2 November ini.

    Malah, dia berseloroh akan ‘berkempen’ untuk mengajak pelanggan dan penonton mengundi bagi meraih sokongan dalam pencalonan tersebut.

    Harapan saya, nanti kalau saya mula je live, saya harap kita boleh undi ramai-ramai sebab view kan tengah mencanak time tu kan.

    Sama ada yang ada dalam live, ataupun yang depan-depan, saya akan paksa customer dengan viewers untuk undi saya nanti. Okey?

    Kelebihan Bonsha Bonshi

    Berkongsi mengenai popularitinya, Khaled berpendapat Bonsha Bonshi menjadi antara faktor yang membuatkan nama dan perniagaannya semakin dikenali.

    Saya rasa Bonsha Bonshi ni naik pun bukan sebab saya sendiri. Bukan sebab cara saya ke apa ke, tapi cara saya tu adalah dalam 30%.

    Yang buat saya dan viewers di live TikTok naik dan ramai pelanggan adalah Bonsha Bonshi tu sendiri. Sebab dia aiskrim, tapi dia bulat. Tapi tak letak dalam peti sejuk dan tak ada ais dekat situ.

    Jadi orang macam FOMO ataupun tertarik untuk dapatkan benda tu.

    Bila kita sebut aiskrim, orang yang tengok live tu pun macam, ‘Aiskrim? Kenapa aiskrim tak letak ais? Kenapa tak ada peti sejuk? Kenapa letak dekat luar jual macam tu terdedah dengan udara apa semua kan?’

    Jadi saya rasa sebab tulah. Sebab Bonsha Bonshi yang buatkan saya macam ni. Bukan sebab saya sendiri saya rasa.

    Selain Khaled, antara pencalonan yang tercalon dalan kategori Peniaga Paling Viral ialah Kakak Naga, Farah Dina, Kek Lapis Hafiz, Opah Strawberry, Syakir Je, Dhira Nasi Lemak, Rizz Quesillo, Kak Ojie, Atok Jajan, Pak Cik Tupperware, Tokey Coconut Candy, Durian Papa Muda dan Kilos Cake.

    MENARIK:  [VIDEO] Didakwa Bakal Dipanggil SPRM, Ziana Zain Enggan Beri Komen – ‘Kak Gee Hanya Menyanyi Je, Sayang’

    Paling Viral 2.0 (OBPVO) mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

    Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi

    Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

    The post #OBPVO2.0: Khaled Hassan Tak Sangka Tercalon ‘Peniaga Paling Viral’, Ajak Pelanggan Undi – ‘Saya Dikenali Kerana Bonsha Bonshi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah