25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rizky Febian Utamakan Kesihatan Demi Isteri & Anak – ‘Saya Nak Luang Lebih Banyak Masa Dengan Mereka’

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia, Rizky Febian mendedahkan dia kini lebih mengutamakan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    Artikel Berkaitan: Rizky Febian Titip Ucapan Romantis Buat Mahalini Sempena ‘Anniversary’ Ke-2 – ‘Kamu Wanita Kuat, Hebat’

    Artikel Berkaitan: Mahalini & Rizky Febian Selamat Timang Puteri Sulung, Pilih Nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian

    Rizky Febian jaga kesihatan

    Ketika ditemui , pemilik nama Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 28, mengakui kehidupannya mula berubah selepas mendirikan rumah tangga bersama isteri, Mahalini dan dikurniakan cahaya mata, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian.

    Banyak perkara yang mengubah hidup saya. Salah satunya dari segi kesihatan. 

    Saya sekarang mula bersukan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat kerana nak mempunyai lebih banyak masa bersama isteri dan anak.

    Perkara itu yang buatkan saya boleh diet, saya nak sentiasa sihat dan dapat bahagiakan mereka berdua.

    Rizky berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Alamak ini meluahkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT buat dirinya dan keluarga.

    Saya bersyukur kerana Allah beri saya semuanya. Allah memberikan rezeki yang melimpah, isteri dan anak yang cantik.

    Saya cuma perlu bersyukur dan menjalani kehidupan. Jadi, saya kena sihat. 

    Berkongsi mengenai perubahan terbesar dalam hidupnya, Rizky berkata dia kini lebih matang dalam membuat keputusan dan mula memikirkan masa depan keluarga.

    MENARIK:  ‘Terima Kasih Ajai Kerana Masih Percaya Saya, Walau Sudah Lebih 20 Tahun Tinggalkan Bidang Seni’ – Illa Sabry

    Malah, dia turut memberi tumpuan kepada bidang perniagaan serta membangunkan jenama minyak wangi bersama isterinya.

    Saya sekarang lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan dan berfikiran jauh untuk masa depan keluarga.

    Sebab itu sekarang saya fokus kepada syarikat rakaman, belajar dalam bidang perniagaan dan membangunkan jenama minyak wangi untuk isteri saya.

    Saya berusaha untuk terus berinovasi demi membahagiakan mereka berdua semampu saya.

    Dalam perkembangan lain, Rizky bakal menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November ini.

    The post [VIDEO] Rizky Febian Utamakan Kesihatan Demi Isteri & Anak – ‘Saya Nak Luang Lebih Banyak Masa Dengan Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah