25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lepasan SPM 10A tak dapat tempat, ditawar matrikulasi menjelang Ogos – Fadhlina

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Semua lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang 10A dan ke atas tetapi belum mendapat tempat dalam program matrikulasi kerajaan akan menerima tawaran mereka menjelang bulan depan.

    Ini menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika berucap di kamar khas parlimen petang ini.

    Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan telah menerima sejumlah 4,877 permohonan daripada lepasan SPM dengan keputusan cemerlang.

    Daripada jumlah itu, 3,684 daripada mereka telah ditawarkan tempat semasa pengambilan pertama pelajar matrikulasi tahun ini, dengan 2,496 pelajar bumiputera dan 1,188 pelajar bukan bumiputera.

    Dia berkata 400 pelajar lain telah ditawarkan untuk mendaftar dalam program matrikulasi pada pengambilan kedua selepas pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 30 Jun yang memberi jaminan semua pelajar SPM yang mendapat 10A dan ke atas akan dapat memasuki program tersebut.

    Daripada 400 pelajar tersebut, 33 ialah bumiputera manakala 367 adalah bukan bumiputera, kata Fadhlina.

    "Untuk menjawab soalan mengenai tindakan KPM untuk memenuhi janji PM, baki pelajar 10A SPM akan ditawarkan (untuk mendaftar dalam matrikulasi) secara berperingkat, dan kami akan memastikan setiap seorang daripada mereka akan menerima tawaran tersebut.

    MENARIK:  Adakah reformasi itu? sembang saja - Ku Li

    "Anda adalah yang pertama mendengar ini daripada menteri pendidikan, bahawa kesemua mereka akan menerima tawaran.

    "Jadi, baki pelajar 10A yang permohonan mereka ditolak sebelum ini akan diberi peluang untuk mendaftar dalam program matrikulasi.

    "Ini akan dilakukan selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan Ogos," katanya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah