Sudah semakin pulih, biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi keadaan lebam di bawah mata dan pipinya akibat terjatuh ketika sesi latihan Konsert Tradisional Gema Bumantara beberapa minggu lalu yang kini semakin hilang.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Perform Empat Lagu Sudah Mengah’ – Wani Kayrie Kagum Dengan Persembahan Bertenaga Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Manusia Ada Khilaf, Mereka Yang Terlibat Sudah Berdamai’ – Siti Nurhaliza
Semakin hilang

Ketika ditemui , Siti Nurhaliza Tarudin, 49, berkata lebam tersebut mengambil masa lebih lama untuk pulih sepenuhnya berikutan kulit wajahnya yang sensitif.
Alhamdulillah muka saya dah makin beransur pulih, lebam sikit lagi nak hilang sebab kulit saya ini jenis sensitif. Kalau lebam biru itu ambil masa lama nak hilang.
Saya rasa sekarang cuma tisu muka sahaja yang belum pulih, masih agak keras.
Mungkin impak daripada hentakan yang kuat masa terjatuh. Untuk pemulihan, saya kena urut.
Siti Nurhaliza berkata demikian ketika ditemui pada majlis tahlil Tun Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya pada petang Rabu.
Bercerita mengenai insiden itu, pelantun lagu Cindai berkata doktor memaklumkan bahawa tisu di bahagian mukanya telah mengalami kecederaan selepas pemeriksaan dan imbasan CT dilakukan.
Selepas saya jatuh, saya terus pergi hospital untuk buat CT scan. Alhamdulillah tiada apa-apa retak atau pendarahan dalaman.
Cuma doktor ada beritahu memang ambil masa untuk hilang lebam dan tisu dekat muka saya memang luka.
Walaupun mengalami kecederaan namun Siti Nurhaliza tetap bersyukur kerana masih berada di bawah lindungan Allah SWT.
Alhamdulillah, saya boleh lagi menyanyi dan menyelesaikan konsert saya. Saya rasa syukur pada Allah. Ini pertama kali saya jatuh untuk konsert.
Tapi alhamdulillah Allah masih melindungi sayalah. Itu saja saya bersyukur sebab saya tak jatuh depan. Kalau jatuh depan, gigi saya patah, bibir pecah dan semua kan, lagi ambil masa untuk pulih.
Bagi saya, jatuh pun Alhamdulillah, Allah lindungi lagi, dan Alhamdulillah konsert ini berjalan dengan begitu jayanya.
Terdahulu, Siti Nurhaliza berkongsi satu gambar memaparkan bahagian lebam di pipinya yang terjadi akibat terjatuh ketika menjalani sesi latihan konsert.
Insiden itu berlaku ketika Siti Nurhaliza sedang melakukan aksi melompat menggunakan kain panjang sebelum kaki tersadung lalu beliau jatuh tersembam ke lantai.
The post [VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Pipi Lebam Sudah Beransur Pulih – ‘Lebam Biru Ambil Masa Nak Hilang’ first appeared on OHBULAN!.





