Pelakon, Akmal Asyraf mengakui tidak pernah berasa malu melakukan kerja sambilan sebagai pemandu Lalamove bagi mencari pendapatan selepas tidak menerima sebarang tawaran berlakon sepanjang Ramadan tahun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penantian 6 Tahun Berbaloi, Akmal Asyraf Syukur Bakat Mula Dihargai – ‘Terima Kasih, Ini Yang Saya Tunggu’
Artikel Berkaitan: Pengarah Nafi Kudrat 1968: High Council Galak Budaya B*li – ‘Saya Pastikan Watak Tersebut Ada Pengajaran’
Tak malu

Ketika ditemui OhBulan, Akmal, 30, berkata dia membuat keputusan untuk melakukan kerja sambilan itu bagi menampung komitmen kewangan yang perlu dilunaskan.
Bagaimanapun, pelakon filem Malaikat Malam itu menegaskan bidang seni tetap menjadi keutamaannya kerana dunia lakonan lebih dekat dengan jiwanya.
Saya tidak segan. Sebelum Kudrat 1968: High Council saya memang sudah buat kerja sambilan itu sebab tiada apa yang perlu saya berlagak di dalam dunia ini.
Tapi sekarang saya sudah tidak buat lagi kerja itu. Sebelum ini buat kerana desakan hidup.
Kalau saya boleh memilih untuk kerja sebagai Lalamove atau tidak, sudah tentu tidak sebab jiwa saya di dunia seni.
Akmal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Kudrat 1968: High Council yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Akmal menyifatkan kesusahan yang dihadapinya bukan sebagai ujian hidup sebaliknya sebahagian daripada liku-liku kehidupan yang perlu dilalui sebagai manusia biasa.
Jelasnya, setiap individu mempunyai perjalanan hidup masing-masing dan dia memilih untuk menerima serta menjalani kehidupan seadanya.
Saya tidak rasa melakukan kerja sambilan seperti pemandu Lalamove itu sebagai ujian hidup sebab saya percaya dalam dunia ini ada yang lebih senang dan yang lebih susah daripada kita.
Saya percaya kesusahan setiap orang itu berbeza dan masing-masing mempunyai perjuangan tersendiri.
Kita hanya mampu bermain (menjalani) kehidupan dengan cara tersendiri. Saya okay sahaja melakukan pekerjaan itu.
Terdahulu, Akmal menerusi sebuah klip audio siar yang tular berkongsi mengenai keputusannya melakukan kerja sambilan bagi mencari pendapatan selepas berdepan masalah kewangan ketika bulan Ramadan tahun ini.
The post [VIDEO] Tiada Tawaran Berlakon, Akmal Asyraf Jadi Pemandu Penghantaran – ‘Tak Anggap Kesusahan Sebagai Ujian’ first appeared on OHBULAN!.





